Tuesday, April 28, 2009

Lemak Putih Pucuk Labu



Bahan-bahan :
2 cekak pucuk labu
1 biji cili merah - dipotong serong nipis
2 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu besar udang kering - ditumbuk sedikit
3 cawan santan
Garam dan perasa secukupnya


Cara-cara :
  1. Bersihkan pucuk labu, basuh dan toskan.
  2. Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk kecuali pucuk labu. Didihkan dengan api sederhana hingga mendidih.
  3. Masukkan pucuk labu dan masak hingga pucuk labu lembut. Tambah garam dan perasa secukupnya.


Udang Sos Plum


Resepi asal daripada Kak Ummi Zaihadi.

Bahan-bahan :
10 ekor udang galah bersaiz sederhana (saya guna udang biasa je)
2 tiub tauhu jepun
2 biji bawang besar, dipotong bulat
2 ulas bawang putih, hiris halus
½ inci halia, dititik
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 ½ camca besar sos plum
Garam secukup rasa
½ cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

Cara-cara :
  1. Udang dibersihkan, cuci dan tos. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng udang tadi 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  2. Tauhu jepun dipotong 8 setiap tiub, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
  3. Tinggalkan lebih kurang 2 camca besar minyak masak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum..masukkan sos tiram, sos cili dan sos plum, kacau rata dan tuang air.
  4. Bila mendidih, masukkan udang dan tauhu jepun, gaul dan tambah garam jika perlu.
  5. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  6. Alih dalam bekas sesuai, tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.....



Thursday, April 23, 2009

Sosej Cheese Puff


Resepi asal dari MyResipi.
Bahan-bahan :
4 keping puff pastry
4 batang sosej
Sebiji telur

Cara-cara :
  1. Rebus sosej dalam air mendidih selama 5 minit kemudian sejukkan.
  2. Keluarkan puff pastry dari petiais. Bila dah lembut, letakkan sebatang sosej di atas setiap keping pastri dan gulungkan.
  3. Potong2kan bahagian atas pastri dan sapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit.
  4. Bakar dalam oven sehingga berwarna keperang2an di bahagian atasnya.

Pancake


Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1½ cawan susu segar
1 camca besar gula
1 camca teh (rata) soda bikarbonat
1 camca teh (rata) krim tartar
1 biji telur
Secubit garam
Minyak untuk melengser pan

Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali susu segar dan telur dan gaul rata.
  2. Buatkan lubang di tengah2 mangkuk, pecahkan telur dan tuangkan susu segar. Kacau hingga adunan sebati. Jika perlu, ditapis untuk menghilangkan gentelnya.
  3. Panaskan pan dan lengser dengan sedikit minyak.
  4. Sendukkan satu senduk adunan ke dalam pan dan biarkan hingga ada berbuih dan buih2 itu pecah. Terbalikkan dan masak hingga keperang2an.
  5. Hidangkan bersama madu ataupun pancake syrup.

Maklumat tambahan :
Jika adunan nampak agak pekat, bolehlah ditambah susu dan kacau hingga sebati.

Tuesday, April 21, 2009

Bawal dan Kerisi Kukus


Bahan-bahan :
1 ekor ikan bawal
5 ulas bawang putih – dicincang halus
1” halia – hiris nipis
1 camca besar sos tiram (**)
1 camca teh minyak bijan (**)
Garam dan perasa secukupnya (**)
3 camca besar air panas (**)
½ batang celery – dihiris serong
Lobak merah, bunga kobis, putik jagung – secukupnya
1 biji tomato – dibelah 6

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan.
  2. Satukan bahan2 bertanda (**) dan kacau sebati.
  3. Letakkan ikan ke dalam bekas yang akan digunakan untuk mengukus.
  4. Taburkan halia dan bawang putih, kemudian curahkan bancuhan sos tiram tadi.
  5. Kukus ikan sehingga separuh masak.
  6. Masukkan pula sayur2an dan kukus hingga ikan masak. Siap!!!



Untuk versi blackpepper, gaulkan ikan dengan blackpepper secukupnya dan perap dalam 10 minit sebelum dikukus. Yang lain2 sama seperti Bawal Kukus.


Kuih Cara Pandan


Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar
1 biji telur
½ camca teh garam
1 camca teh paste pandan
Gula pasir secukupnya - untuk filling
1 helai daun pandan - sebagai berus untuk menyapu minyak ke acuan

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali susu segar. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan whisk. Pastikan adunan tidak bergentel. Buat sehingga susu habis.
  2. Panaskan acuan kuih cara ataupun acuan kuih baulu. Pastikan apinya sederhana sahaja.
  3. Sapu acuan dengan sedikit minyak - gunakan daun pandan tadi.
  4. Tuang adunan ke dalam acuan hingga agak2 penuh. Biarkan sekejap hingga bahagian tepinya kelihatan mula mengeras (warna bertukar dari hijau muda ke hijau pekat).
  5. Sudukan sedikit gula dan tuang ke atas setiap kuih tadi. Tutup acuan dengan tudung periuk. Bakar sehingga masak, dalam lebih kurang 2 minit. Kalau nak garing, bolehlah dibakar lama sedikit tapi janganlah sampai hangus pulak...
  6. Keluarkan dari acuan dengan menggunakan garfu. Siap!!



Maklumat tambahan :
  1. Susu segar boleh diganti dengan susu cair ataupun santan - ikut yang mana anda sukai.
  2. Gula pasir (filling) boleh diganti dengan bahan lain seperti kaya - ikut selera masing2.
  3. Selain dari perisa pandan, boleh juga ditukar dengan perisa dan pewarna lain - ikut selera masing2.
TAPI...kalau semuanya dah ditukar, tidaklah namanya Kuih Cara lagiii....


Thursday, April 16, 2009

Apam Senyum


Resepi asal ialah daripada Rokayah @ MyResipi tapi telah saya olah sedikit.

Bahan-bahan (70 biji papercup kecil2) :
3 biji telur
1 cawan gula
1 camca besar ovallete
1 cawan air aiskrim soda
3 cawan tepung gandum
Sedikit pewarna merah jambu dan hijau
Papercup secukupnya

Cara-cara :
  1. Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan air aiskrim soda, dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna merah jambu dan hijau. Satu bahagian dibiarkan dengan warna asal sahaja.
  5. Masukkan ke dalam paper cup dan kukus dalam 10 -15 minit.






Thursday, April 9, 2009

Kek Pisang Bercoklat


Resepi asal oleh Nor_67.

Bahan-bahan ( saiz loyang 9" x 9" ) :
250gm mentega/marjerin
¾ cawan gula castor
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur gred A
1 cawan pisang yg dilecek
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang (saya gunakan coklat chip aje...)
Cara-cara :
  1. Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
  2. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
    Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
  3. Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
    Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
  5. Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
  6. Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
  7. Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lagi cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup.
  8. Selamat mencuba..


Wednesday, April 8, 2009

Apam Pisang


Resepi asal : AlongRoz

Bahan-bahan (loyang 8") :
4 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum (**)
1 sudu teh soda bikarbonat (**)
1 sudu teh baking powder (**)
6 biji pisang - dilenyek
Secubit garam

Cara-cara :
  1. Satukan dan ayak bahan2 bertanda (**).
  2. Pukul telur & gula sehingga kembang & pekat.
  3. Masukkan campuran tepung & gaul sehingga sebati.
  4. Masukkan pisang & garam & gaul sebati.
  5. Lapik bekas tin dengan daun pisang & minyakkan. Tuang adunan ke dalam tin & kukus selama 45 minit.