Thursday, February 12, 2009

Roti Marble Coklat



Resepi asal oleh Onigiri @ MyResipi.

Bahan-bahan :
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 sudu besar butter atau marjerin
140 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. Kalau ade BM tekan On je.
  2. Perap doh selama 40 minit. Kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
  3. Bahagi doh pada tiga bahagian. Satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau terlembik boleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. Pastikan adunan betul betul sebati ye. Warna sekata untuk doh coklat tu.
  4. Satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. Letakkan doh coklat di tengah-tengah.
  5. Tutupkan keseluruhan adunan tadi potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang. Letak dalam sandwish loaf.
  6. Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
  7. Siap dibakar dan sejukkan atas redai. Selamat mencuba.




Udang Masam Manis


Resepi asal oleh Hanieliza.

Bahan-bahan :
500 gm udang besar (bersihkan)
1 s/b kunyit
1 s/k garam
minyak

Bahan untuk sos :
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
½ cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
½ cawan air
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa


Cara- cara :
  1. Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
  3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
  4. Masukkan juga cili potong dan gula.
    Setelah kuat pekat, masukkan duang dan gaulkan rata.
  5. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.



Wednesday, February 11, 2009

Choc. Chip Muffin


Bahan-bahan :
1 ¾ cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
½ sk garam
1 cawan fresh milk
1 biji telor - pukul sikit
1/3 cawan minyak @ butter yg dicairkan
1 sk esen vanila
¾ cawan choc chips

Cara-cara :
  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telur, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan choc chips.
  5. Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit @ hingga masak (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit).




Wednesday, February 4, 2009

Taugeh Celur


Resepi oleh Che' Iza @ MyResepi. Sedap, ringkas, berkhasiat, crunchy, yummy!!!

Bahan-bahan ( 2-3 org ) :
150 gm taugeh
2 sb air panas (*)
½ sk serbuk pati ayam (*)
½ sk kicap pekat
1 sb kicap manis
1 ½ sb sos tiram
1 sk minyak bijan / minyak bawang putih
sedikit lada sulah
secubit garam (sekiranya sos tiram yg digunakan tak masin)

Cara-cara :
  1. Celur taugeh, jgn lama takat 1 min jer. Toskan airnya dan ketepikan.
  2. Satukan bahan bertanda (*). Sekiranya buat nasi ayam lg sedap gunakan kuah sup. Ambil 2sb sebagai ganti air panas.
  3. Satukan bahan bertanda * dan bahan yg lain, siap sos. Tuang sos ke atas taugeh celur tadi.
  4. Sebelum dihidang taburlah dgn hirisan daun bawang, lada merah dan bawang goreng.


Sandwich Telur


Salah satu hidangan untuk sarapan pagi yang paling ringkas. Unutk yang ini saya hanya menggunakan hirisan timun sahaja.


Bahan-bahan :
2 biji telur - direbus keras
8 keping roti - dibuang tepinya
1 sudu besar mayonis
Sedikit lada sulah
Hirisan timun secukupnya
Hirisan tomato secukupnya
Daun salad secukupnya
Marjerin secukupnya

Cara-cara :
  1. Hancurkan telur di dalam satu bekas hingga agak hancur samada menggunakan sudu ataupun pisau untuk sapu mentega tu.
  2. Masukkan lada sulah dan mayonis dan kacau hingga rata dan sebati.
  3. Ambil 2 keping roti dan sapukan sedikit nmarjerin ke atasnya.
  4. Letakkan daun salad, kemudian hirisan timun, kemudian hirisan tomato ke atas sekeping roti tadi.
  5. Kemudian letakkan sesudu adunan telur tadi dan ratakan.
  6. Letakkan hirisan tomato, kemudian hirisan timun dan kemudian daun salad.
  7. Akhir sekali letakkan sekeping lagi roti yang telah disapu marjerin ke atasnya.
  8. Jika suka bolehlah dipotong kepada 2 bahagian dan siap untuk dihidangkan.


Sandwich ini boleh juga dibakar dengan menggunakan sandwich maker.





Tuesday, February 3, 2009

Kuih Lapis Serikaya Choc


Lagi variasi kuih lapis oleh Kak Fida @ MyResipi. Memang sedap kuih lapis ni. Diperturunkan resepi asal Kak Fida...

Bahan-bahan (loyang 10" x10") :
300 gm tepung gandum (*)
60 gm tepung hoen kwee (*)
360 gm gula halus (*)
2 biji telur (*)
1500 ml santan (*) (akak guna 500ml santan kotak+1050ml air)
1/2 sk garam (*)
50 ml santan (ambil dr santan yg tlh di sukat)
25 gm serbuk koko
sedikit pewarna kuning

Cara-cara :
  1. Satukan kesemua bahan2 yg bertanda (*) dlm sebuah mangkuk dan kacau rata.
  2. Serbuk koko dan 50ml santan dibancuh dan ketepikan.
  3. Adunan (1) tadi ditapis dan dibahagi 2 bahagian, 1 diwarnakan kuning dan 1 lagi dicampurkan dgn campuran koko dan tapis.
  4. Panaskan loyang yg bergris dalam kukusan dan tuang adunan kuning dan kukus selama 5 min.
  5. Tuang pula adunan koko atas lapisan kuning, tanpa mengeluarkan loyang, dan kukus selama 5 min. dan lakukan dgn mengukus adunan selapis2 berselang-seli warna hingga habis dan kukus lapisan terakhir selama 15-20 min. agar kuih masak keseluruhannya.
  6. Biar kuih sejuk di dalam loyang dan bolehlah dipotong kecil dan disajikan.


Sunday, February 1, 2009

Fresh Apple Celery Juice



Resepi asal oleh Kak Fida @ MyResepi.
Kata2 hikmat dari Kak Fida (seperti yang tertera dalam MyResepi) :
"Jus yg dikatakan sesuai untuk orang yg sedang berdiet dan mempuyai masalah darah tinggi...jus ini juga boleh mengurangkan kolestrol. Tapi tidak digalakkan minum hari2 setakat 2-3 kali seminggu... "
Saya turunkan resepi asal Kak Fida....

Bahan-bahan (1 gelas besar) :
2 biji epal hijau - dibelah 4
1 batang celery - sepanjang 2 jengkal
ketulan air batu - jika suka
Cara-cara :
  1. Jika menggunakan pemerah buah eletrik, perah celery dulu dan diikuti dgn epal hijau yg dibelah 4. Bubuh ketulan ais jika suka dan terus diminum.
  2. Jika menggunakan blender atau pengisar makanan, kisar celery dan epal dengan sedikit air hingga halus, tapis jika suka dan boleh terus diminum.
  3. ***Jus ini hendaklah diminum segera untuk mendapatkan zatnya dan utk mengelakkan drpd cepat menjadi lebam. Begitu jugak dgn epal hijau, ketika hendak mengisar barulah dibelah untuk mengelakkan epal kelihatan lebam...
  4. **Seperti di dalam gambar tuu...baru beberape min. nk berposing nk amik gambar,dh nk lebam daa...lebam pon lebam lah...minum aje..



Puding Karamel Tanpa Telur


Resepi asal oleh firasyira @ MyResepi. Sedap jugak puding ni terutama kalau dimakan sejuk2...
Bahan-bahan ( 10 orang ) :
Bahan A (gula hangus) :

2 sudu besar gula
Bahan B :
1 bungkus agar-agar serbuk (7 @ 8 gm)
4 cawan air
2 ½ sudu besar gula
Bahan C :
1 tin susu cair (400ml)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu vanilla

Cara-cara :
  1. Hanguskan gula macam buat karamel untuk puding karamel yang lain.
  2. Dalam periuk didihkan Bahan B. Kecilkan api, kemudian masukkan Bahan C. Kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
  3. Bekukan sebentar, dan hidang. Lebih sedap dihidang sejuk-sejuk.


Apam Mentega


Resepi asal oleh Kak Fiza @ MyResepi.


Bahan-bahan (+-50 biji) :
Bahan2 untuk gula hangus :-
1½ cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm mentega

1 cawan gula pasir
4 biji telur
3 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara :
  1. Cara buat gula hangus: Masukkan gula ke dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Masukkan air dan kacau hingga semua larut. Masukkan mentega dan kacau hingga mentega larut. Matikan api dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
  4. Kemudian masukkan susu selang selikan dengan tepung. Gaul semua hingga sebati. Perap selama 1/2 jam.
  5. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Adunan ni jika dituang penuh ke dalam acuan pun tak mengapa sebab semasa masak dia tak akan melimpah.
    Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dengan kain supaya wap tidak jatuh ke atas kuih.




Ayam Madu BBQ


Resepi asal oleh sherry_mz @ MyResepi (Kak Pah).

Bahan-bahan :
12 ketul kepak/peha ayam
4 sudu makan madu
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 inci halia
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cili boh (kalau nk pedas boleh tambah lagi)
Garam secukup rasa

Cara-cara :
  1. Kisar kering ketumbar, jintan manis & putih.
  2. Kisar/tumbuk halia, bwg merah & putih.
  3. Gaul semua bahan2 tadi ke dalam ayam. Sesuaikan rasa manis & masinnya.
  4. Perap semalaman @ sekurang2nya 2 jam supaya semua bahan2 td meresap masuk ke dalam isi ayam.
  5. Panggang/bakar seperti biasa.
  6. Sedap makan begitu saja @ dengan nasi minyak, nasi putih dsbnya.