Friday, January 30, 2009

Pau Kelapa


Resepi asal daripada Jun @ Yummylicious...Pau Bagus. Tapi saya gunakan inti kelapa.

Bahan-bahan :
240gm tepung pau
1 sudu teh yis
25gm shortening
1 sudu teh serbuk penaik 'double action'
Secubit garam
30gm gula halus
½ sudu teh cuka
100ml air suam
Cara-cara :
  1. Larutkan gula bersama air dan cuka.
  2. Dalam bekas lain campurkan tepung, serbuk penaik, yis, garam dan shortening. Gaul rata.
  3. Masukkan larutan gula, adun hingga doh sebati terbentuk.
  4. Tutup dengan kain lembab selama lebih kurang 45 min. Tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
  5. Ambil sedikit doh, bulat2kan, leperkan. Letak inti dan bulat2kan semula.
  6. Letak atas kertas pau (saya gunakan daun pisang), rehatkan lagi 20min. Kukus selama 15min. Siap!!!


Egg Tart


Kali ini resepi oleh Ida_Rahayu @ MyResepi. Ada kelainan rasa sedikit....

Bahan-bahan untuk Crust :
300 gram tepung gandum
150 gram marjerin / mentega
1 biji telur (size L / size A)
3 camca besar gula
1 camca teh garam (saya gunakan ½ camca teh sahaja)

Bahan-bahan untuk Filling :
2 biji telur (size M/B)
4 camca besar gula (saya gunakan 3 camca saja)
1 camca teh esen vanila
2 cawan air suam
5 camca besar susu pekat manis (saya gunakan 4 camca saja)
4 camca besar tepung kastad


Cara-cara :
  1. Adun semua bahan2 untuk crust hingga menjadi doh.
  2. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  3. Setelah cukup 30 minit, canai doh dan potong atau cetak mengikut kehendak anda .
  4. Terapkan pada muffin pan (sekiranya takde acuan tart yang metal tu).
  5. Bakar dalam ketuhar selama 10 minit atau 15 minit atau sehingga kekuningan sedikit pada suhu 160 degree celcius.
  6. Bancuh kesemua bahan2 untuk filling dan tuang ke dalam crust tadi. Bakar semula tart tadi sehingga fillingnyer betul2 masak (dalam anggaran 10 minit).


Donut Gebu


Bahan-bahan :
1 kg tepung gandum
1 paket dry yeast (Mauripan)
3 camca besar gula halus
3 camca besar marjerin
2 biji kentang saiz sederhana - rebus dan lecek
3 camca besar susu tepung - optional
1 cawan air suam

Cara-cara :
  1. Campurkan yis bersama air suam dan ketepikan.
  2. Dalam bekas yang bersesuaian, gaulkan tepung, gula, marjerin, susu tepung dan kentang lecek hingga berderai.
  3. Masukkan bancuhan yis sambil diuli. Uli hingga sebati dan adunan tidak melekat di tangan. Tambah air suam jika perlu.
  4. Biarkan doh naik sebentar sebelum diterap dengan acuan donut.
  5. Selepas diterap, biarkan doh naik lagi sebelum digoreng hingga kuning keemasan.
  6. Angkat dan gaul dengan gula halus ataupun boleh disalut dengan cokelat dan dihias...


Thursday, January 29, 2009

Kuih Bakar

Aka Bingka Tepung... Sesuai untuk sarapan, minum petang atau apa2 majlis. Sedap dan ringkas penyediaannya.


Resepi asal daripada Joayee @ MyResepi.


Bahan-bahan :
1 cawan gula
1 cawan jus pandan (atau air + pandan emulco)
2 cawan tepung gandum
2 ¼ cawan santan
2 sudu besar butter @ margerin
3 biji telur
½ sudu kecil garam
Pewarna hijau
Bijan (saya tak guna pun)

Cara-cara :

  1. Campurkan semua bahan dan blend sampai sebati.
  2. Sapu sedikit minyak @ margerin pada loyang.
  3. Panaskan loyang dalam oven. Bila minyak dah panas, masukkan adunan kuih tadi.
  4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 degree @ sampai garing


Kuih Ketayap

Aka Kuih Gulung.... Sesuai untuk sarapan dan minum petang. Senang dan ringkas...



Resepi asal dari Princessharyati@ MyResepi tapi telah diolah sedikit dibahagian cara-cara membuatnya mengikut cara-cara saya sendiri.

Bahan-bahan untuk kulit :
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan (saya gunakan 1 camca teh pandan emulco)
1 ½ cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)
1 ½ sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau

Cara-cara :
  1. Kalau gunakan daun pandan, kisar daun pandan bersama2 santan dan tapiskan.
  2. Campurkan kesemua bahan dan kacau hingga rata dan sebati. Untuk mengelakkan daripada adunan bergentel, tapiskan adunan.
  3. Panaskan pan, ratakan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan. Layangkan pan agar adunan tadi menjadi bulat.
  4. Masak sehingga bahagian keliling tepi nampak sedikit kekuningan. Angkat.
  5. Letakkan inti dan gulung.


Bahan-bahan untuk inti kelapa :
½ biji kelapa parut
¾ cawan gula merah (boleh dikurangkan)
1 helai daun pandan (disimpul)

Cara-cara :
Campurkan kesemua bahan dan masak di atas api yang sederhana sehingga sebati (lebih kurang 15 minit). Angkat dan buangkan daun pandan.





Friday, January 23, 2009

Nasi Ayam Pandan Planta

Set Nasi Ayam Pandan Planta ini terdiri daripada Nasi Ayam Pandan Planta, Ayam Bakar Madu, Sos Ayam Bakar Madu dan juga Sup Ayam. Mulakan dengan memasak Sup Ayam kerana kuahnya akan digunakan untuk membuat sos dan juga ayam yang akan digunakan untuk Ayam Bakar Madu juga telah dimasak bersama sup hingga separuh masak. Saya gunakan seekor ayam dimana 10 ketul dipotong besar2 untuk dibakar dan selebihnya dipotong kecil2 untuk sup.




Bahan-bahan untuk nasi :
4 cawan beras Basmathi
5 cawan air
1 kiub pati ayam
1 batang serai - dititik
2 helai daun pandan - dipotong anggaran 3" panjang
4 ulas bawang merah (**)
4 ulas bawang putih (**)
1" halia (**)
Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 5 kuntum bunga cengkih
3 camca besar Planta marjerin
Garam secukupnya

Cara-cara :
  1. Basuh beras dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan ketepikan.
  2. Kisar bahan2 bertanda (**) hingga hancur.
  3. Panaskan minyak untuk menumis dan tumis bahan2 yang telah dikisar bersama rempah tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan kiub ayam dan tambah sedikit air. Didihkan hingga kiub hancur dan sebati.
  5. Masukkan garam, serai dan marjerin dan didihkan hingga sekejap.
  6. Tuang ke dalam periuk berisi beras. Masukkan daun pandan ke dalam periuk dan masak macam biasa.




Bahan-bahan untuk Ayam Bakar Madu :
10 ketul ayam yang dipotong besar
3 camca besar kicap
2 camca besar sos tiram
4 camca besar madu

Cara-cara :
  1. Masak ayam bersama Sup Ayam hingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut.
  2. Perap ayam bersama kicap, sos tiram dan madu selama 10 minit.
  3. Bakar selama 30 minit pada suhu 200C.
Bahan-bahan untuk Sos Ayam Bakar Madu :
2 ulas bawang putih - dicincang halus
Lebihan air perapan Ayam Bakar Madu
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Sedikit kuah Sup Ayam

Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan air perapan ayam dan biarkan mendidih.
  2. Masukkan kuah sup - kuantiti bergantung kepada banyak mana sos yang kita nak buat - dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan bancuhan tepung jagung - bergantung kepada kepekatan yang kita inginkan. Biarkan mendidih seketika dan matikan api.




Bahan-bahan untuk Sup Ayam :
Ayam yang telah dipotong kecil2
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1" halia
Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 5 kuntum bunga cengkih
1 paket rempah sup - dibancuh dengan sedikit air hingga menjadi pes

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis (**) bersama rempah tumis hingga kekuningan.
  2. Masukkan pes rempah sup dan masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan kacau sekejap sebelum ditambah air secukupnya. Biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan garam dan perasa secukupnya.

Triffles




Bahan-bahan ( 40 bekas ) :
1 tin buah laici @ longan
1 tin kiub nenas
Swiss Roll Cake (Perisa kesukaan masing2)

Lapisan Kastad :
1 tin susu cair
6 sudu tepung kastard
½ cawan gula
5 cawan air

Lapisan Jelly :
Sekotak Jelly segera (apa2 perisa)

Cara-cara :
  1. Potong swiss roll kecil2 dan susun ke dalam acuan.
  2. Campurkan semua bahan2 untuk Lapisan Kastad. Gaul hingga sebati. Dan panaskan di atas api sehingga pekat.
  3. Tuangkan kastard ke atas swiss roll tadi.
  4. Kemudian susunkan pula buah-buahan (longan dan nenas kiub) ke atas kastard tadi.
  5. Sediakan jelly mengikut cara yang tertera di kotak bungkusan (Masukkan serbuk jelly ke dalam 2 cawan air yg mendidih). Tuang jelly ke dalam bekas triflles. Biarkan sejuk.
  6. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Sedap dihidangkan sejuk2


Lapisan jelly dengan 3 perasa - lime, blackcurrent dan raspberry.




Thursday, January 22, 2009

Cream Puff Jagung


Cream Puff Jagung ni adalah kombinasi dari 2 resepi. Puffnya dari Yani @ MyR dan cream jagungnya dari Zaliana @ MyR jugak.

Bahan-bahan Puff :
100ml air
45gm butter - suhu bilik, potong 1cm
60gm tepung gandum - diayak
2 biji telur

Bahan-bahan krim jagung :
1 cawan air
½ cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
½ cawan tepung kastad
5 sudu besar gula

Cara-cara puff :
  1. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven (oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
  2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
  3. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  4. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  5. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  6. Masukkan telur, kacau cepat-cepat dengan menggunakan whisk.
  7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipekan ke atas dulang. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan krim kastad @ krim jagung.
  11. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipekan krim kastad @ krim jagung.
Cara-cara krim jagung :
Kacau tepung kastad dan air. Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula. Kacau hingga naik wap. Masukkan jagung dan kacau sebentar hingga masak. Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff.


Tuesday, January 20, 2009

Mee Rebus


Resepi Mee Rebus ini ialah daripada Hana. Memang sedap! Tapi masa saya buat ni saya tak gunakan pun udang geragau tu sebab tak ada. Saya cuma gunakan udang kering sebagai ganti.

Bahan-bahan :
Mee kuning - celur dan toskan
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 batang cili kering - nak pedas boleh tambah lagi
Segenggam udang geragau - blend (saya guna udang kering sahaja)
300gm daging - direbus dan potong nipis2 . air rebusan diketepikan
5+ ekor udang segar - direbus separuh masak dan air udang diketepikan
2 sudu sos tomato - boleh ganti ngan air asam jawa
2 biji keledek sederhana - rebus dan blend
Garam
Gula

Cara-cara :
  1. Bawang besar, bawang putih dan lada kering dipotong2 dan digoreng sekejap.
  2. Blend bawang2, lada kering dan juga halia.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan blend hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato dan udang geragau. Kacau rata.
  5. Masukkan air rebusan daging, rebusan udang, daging yang telah dihirs dan juga keledek yang telah dikisar.
  6. Perasakan dengan garam dan gula. Tunggu hingga mendidih. Kuah mestilah pekat baru kaww!
  7. Akhir sekali baru masukkan udang dan tutup api.
  8. Dah siap! Hidangkan mee dengan telur rebus, tauhu goreng, taugeh, limau kasturi/nipis, daun bawang, daun sup, bawang goreng, jeruk chili.


Baby Bread Pudding


Baby Bread Pudding....hmmmm... kenapa baby??? Sebab saiznya yang kecil2 dan comel2....! Kalau nak Mama @ Papa Bread Pudding, boleh gunakan loyang yang besar ataupun boleh ikut resepi Puding Roti oleh Beancurd @ MyR. Resepi Baby Bread Pudding ini ialah hasil nukilan Kak Fida @ MyR. Kak Fida tu memang teramat rajin mencipta resepi.....

Bahan-bahan ( 6 keping ) :
2 keping roti putih (saya gunakan wholemeal)
2 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar gula halus
100 ml susu cair
2 biji telur (guna 1 putih telur saja)
1-2 titik esen vanilla
Sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera (saya gunakan kismis aje...)
Sedikit gula icing untuk tabur atas puding (saya tak tabur pun....)
Mangkuk muffin - disapu majerin (saya guna acuan aluminium )

Cara-cara :
  1. Roti disiat2 kecil atau dipotong2 1" persegi.
  2. Kacau tepung, gula, susu, telur dan esen hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap. Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak dan kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin (hati2 sebab masih panas).
  7. Ketika menghidang, taburkan gula icing di atas puding.
  8. ***Sedap juga kalau menggunakan roti berperisa buah2an.


Saturday, January 17, 2009

Puteri Ayu Koko


Resepi asal ialah daripada Kak Fida @ MyR tapi saya dah ubah sikitttt je.. Saya ubah namanya dari Tiwul Ayu Choc kepada Puteri Ayu Koko dan juga beberapa bahannya. Jangan marah ye Kak Fida!

Bahan-bahan :
160 gm tepung naik sendiri
2 camca besar serbuk koko
2 biji telur
120 gm gula halus
1 camca teh ovalette
100 ml susu segar
Kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi
Acuan puteri ayu secukupnya - disapu sedikit minyak masak

Cara-cara :
  1. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Di dalam mangkuk mixer, pukul telur dan gula hingga kembang.
  3. Masukkan ovalette dan terus pukul sambil dimasukkan susu dan pukul terus hingga putih.
  4. Masukkan campuran tepung dan kaup-balikkan denganspatula atau senduk hingga rata.
  5. Ambil sedikit campuran kelapa parut dan bubuh ke dalam acuan dan tekan hingga padat.
  6. Sudukan adunan ke dalam acuan. Kukus selama 10 min di dalam kukusan yang telah dipanaskan dahulu.

Friday, January 16, 2009

Butter Orange Cake


Resepi asal ialah daripada Junjs11 @ MyR tapi dengan nama Buttery Orange Cake. Lebih kurang sama la tu, "Y" je yang hilang... (sebenarnya dah siap upload gambar baru terperasan "Y" tu hilang.....hehehe).

Bahan-bahan :
250 gm butter (dilembutkan)
2 sudu besar parutan kulit oren
330 gm gula castor
4 biji telur
225 gm tepung naik sendiri
75 gm tepung
180 ml orange juice

Cara-cara :
  1. Pukul butter, gula dan kulit oren sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung diselang-selikan dengan orange juice. Pukul rata.
  4. Isi dalam loyang yang telah dialas kertas dan digris. Bakar 1 jam 10min.


Nasi Ayam Pandan


Bahan-bahan :
3 cawan beras Basmathi
4 cawan air
1 biji bawang besar (**)
4 ulas bawang putih (**)
2 inci halia (**)
1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 4 bunga cengkih
1 kiub pati ayam
2 helai daun pandan
Garam dan persa secukupnya
Cara-cara :
  1. Basuh beras dan toskan. Masukkan ke dalam periuk yang akan digunakan untuk memasak nasi nanti.
  2. Kisar bahan2 bertanda (**) hingga hancur.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis. Masukkan bahan2 yang telah dikisar dan tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan secawan air dan biar hingga mendidih. Masukkan pati kiub, garam dan perasa.
    Tunggu hingga pati kiub tu hancur sepenuhnya sebelum ditambah baki air 3 cawan. Biarkan mendidih sedikit.
  5. Tuangkan ke dalam periuk yang berisi beras. Masukkan juga daun pandan yang telah disimpul. Kacau rata.
  6. Tenggek dia tas dapur dan masak macam biasa. Kalau guna dapur letrik, tekan suis "on" aje dan tunggu hingga masak. Siap!!!


Sayur Goreng Campur


Resepi yang ringkas dan mudah untuk menyediakan sayur goreng @ tumis. Boleh gunakan apa2 sayur yang digemari.

Bahan-bahan :
1 batang lobak merah - dihiris halus memanjang dalam 1.5"
20 batang kacang buncis - dipotong anggaran 1"
Bunga kobis secukupnya
5 batang jagung muda - jika suka
2 ulas bawang merah - dihiris (**)
2 ulas bawang putih - diketuk (**)
10 ekor ikan bilis - dibelah (**)
2 biji cili merah - dihiris serong nipis2 (**)
1 biji telur - pecah dan pukul sedikit
1 camca besar sos tiram

Cara-cara :
  1. Tumis bahan2 bertanda (**) hingga kekuningan. Masukkan telur dan kacau supaya telur hancur. Masukkan sos tiram dan kacau rata2.
  2. Masukkan sedikit air dan kacau lagi. Masukkan semua sayur dan kacau hingga sebati.
  3. Tambah air jika perlu. Tunggu hingga sayur layu sedikit dan matikan api.
  4. Siap untuk dihidangkan.


Ayam Pandan


Resepi asal dari Che'Iza @ MyR. Tapi saya buat ikut sukatan sendiri.
Bahan-bahan :
14 ketul ayam yang telah dipotong sedang2
4 biji bawang merah (**)
4 ulas bawang putih (**)
1 inci halia (**)
½ inci kunyit (**)
1 inci lengkuas (**)
3 batang serai (**)
1 sudu kecil serbuk ketumbar (**)
1 sudu kecil serbuk jintan manis (**)
6 biji cili kering ( pedas ikut suka ) (**)
2 sudu besar santan pekat (optional)
1 sudu besar madu
Garam, gula dan perasa ikut secukup rasa
14 helai daun pandan

Cara-cara :
  1. Tumbuk semua bahan bertanda (**). Gaulkan dengan ayam, madu, santan, garam, gula dan perasa.
  2. Buat poket dengan daun pandan dan masukkan ayam ke dalam poket itu.
  3. Balut ayam dengan daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
  4. Cucuk ayam yang telah siap dibungkus dengan lidi supaya ayam tak terkeluar. Ataupun boleh juga diselit2kan lebihan daun tersebut.
  5. Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
  6. Siap bungkus, goreng hingga golden brown dengan api sederhana.




Tuesday, January 13, 2009

Kicap Lada Hitam Selayang


Bahan-bahan :
5 ekor ikan selayang
1 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
4 hiris halia - dimayang
1 biji bawang besar - hiris bulat
Minyak secukupnya - untuk menggoreng dan menumis
Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara :
  1. Goreng ikan hingga garing dan ketepikan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuning2an.
  3. Masukkan sos tiram dan kacau sekejap sebelum dimasukkan kicap dan lada hitam. Kacau rata.
  4. Masukkan ikan dan tambah air jika perlu. Kacau hingga kuah rata pada ikan.
  5. Masukkan bawang besar dan kacau sekejap hingga bawang layu sedikit. Siap!!


Tat Telur


Resepi asal dari zlinda_mz @ MyResipi.

Bahan Untuk Crust :
2 cawan tepung gandum
¼ cawan gula halus
½ camca teh baking powder
¼ camca teh garam
½ cawan butter (bahagikan kpd 8 bhgn kecil2)
2 biji telur

Bahan Untuk Filling :
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan air
1 camca besar tapung kastard
½ camca teh vanilla essence

Cara-cara :
  1. Untuk buat crust : Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dalam doh mixer/food processor/guna tangan pun boleh. Sebatikan.
  2. Masukkan butter. Sebatikan.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh.
  4. Cara utk buat filling dia pulak : Pukul gula dan telur.
  5. Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.
  6. Tekan2 doh ke dalam bekas tart/pie. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
  7. Bakar dlm oven. Agak2 nampak macam dah kekuning orangean tuh masak la tuh! Tunggu sejuk baru potong.


Ini yang guna acuan besar.

Friday, January 9, 2009

Ayam Goreng Kari Rangup


Resepi campak2 jer ni. Sedap dimakan panas2...panas berapi gitu!
Bahan-bahan :
8 ketul ayam - digaul dengan sedikit garam
3 camca besar rempah kari (adabi @ baba's @ lain2)
2 camca besar rata tepung gandum
2 camca besar tepung beras
Cara-cara :
Gaul semua bahan bersama ayam. Goreng dengan api yang sederhana hingga keperangan. Siap!!

Lemak Kacang & Kerang


Kalau kat kampung, emak memang suka masak macam gini. Kerang boleh diganti dengan udang, kacang buncis boleh diganti dengan kacang panjang. Emak sebut kuahnya mesti "mmm-bare" (sebut 2x). Orang Perak faham le kot...hehehe.

Bahan-bahan :
25 batang kacang buncis
150ml santan pekat - campur dengan sedikit air
1 mangkuk kecil kerang yang telah siap dikopek (saya beli RM1)
6 batang cili kering
3 ulas bawang merah - hiris
Sedikit belacan - saya tak gunakan belacan
1 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - dikoyak2an
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara :
  1. Kacang buncis dipotong serong2. Masukkan kedalam periuk untuk memasak. Masukkan sekali kerang, serbuk kunyit, serai dan daun kunyit.
  2. Tumbuk cili kering hingga lumat. Masukkan bawang merah dan belacan dan tumbuk lagi hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk.
  3. Tuangkan santan dan kacau rata. Masak di atas api yang sederhana.
  4. Kacau supaya santan tidak pecah minyak. Apabila mendidih, masukkan garam dan perasa secukupnya. Kacau rata dan angkat sebelum kacang menjadi amat layu... Siap!!


Cinnamon Roll


Resepi dari Yani @ MyResipi. Tapi yang saya buat tak letak topping pun... Dan papercup yang saya gunakan agak tinggi (untuk muffin), tu yang roll ni tenggelam sikit. And instead of fresh milk, saya guna susu cair. And satu gulungan tu saya potong kepada 8 bahagian kecil, so dapat 16 biji. Tapi saya letak resepi asal kat sini...

Bahan-bahan ( 10 biji ) :
Bahan utk Roti
300g tepung roti
50g butter
1 biji telur
50g gula halus
100ml fresh milk/air (suhu badan)
8g dry yeast
1 sudu kecil garam

Filling
2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
60g gula perang
20g butter-suhu bilik

Icing
50g cream cheese - suhu bilik
20g butter - suhu bilik
100g gula aising
secubit garam
beberapa titik vanila esen

Cara-cara :
  1. Cara buat roti : Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
  2. Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
  3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
  4. Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
  5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.
  6. Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil (lebih kurang 4cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
  7. Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.
  8. Sementara itu sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim. Bila roti dan masak (ketika masih panas), letaklah aising 1½ sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yang banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti.



Thursday, January 8, 2009

Ikan Bakar

Resepi saya amik dari Jun @ MyResipi. Sedap sangat!!! Anak2 cukup suka. Seekor sorang pun tak cukup... Tapi ini saya dah adjust sikit ikut kuantiti ikan yang saya gunakan.


Bahan-bahan :
5 ekor ikan (kembung besar / selayang / bawal / merah)
1 serai-diketuk
5 helai daun limau purut - dihiris
2 helai daun kunyit - dihiris
3 camca besar air asam jawa
Daun pisang dan aluminium foil secukupnya

Bahan2 kisar :-
7 cili merah
10 cili kering
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 batang serai
Garam secukupnya

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga wangi dan naik minyak. Masukkan serai, garam, daun limau purut, daun kunyit dan air asam.
  2. Letakkan daun pisang diatas aluminium foil. Letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. Tutup daun pisang dan foil.
  3. Bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua2 bahagian.
  4. Hidangkan dengan air asam atau cili berkicap.

Saya bakar dalam oven instead of bakar direct atas api.

Kentang Bakar Berkeju


Resepi dari Kak Fida @ MyResipi. Tapi saya tak guna kulitnya sebagai magkuk sebaliknya gunakan foil yang dibentuk ikut kreatif sendiri.

Bahan-bahan ( 3-4 orang ) :
5-6 biji kentang (dibersihkan dan direbus dgn sedikit garam)
1 sudu besar mentega
70-100 gm keju parut
1/2 sudu teh lada sulah
1 ulas bawang putih (dibakar dgn kulit, kemudian dikupas dan dicincang halus) - optional
daun sup (dicincang) -optional
secubit garam
kertas foil

Cara-cara :
  1. Panaskan oven dengan suhu 180C. Kentang yang telah direbus bolehlah dibelah dua atau dipotong mengikut kreativiti sendiri.
  2. Keluarkan isi kentang dan letak di dalam satu bekas. Kulit kentang jangan dibuang.
  3. Lenyek-lenyekkan isi kentang sehingga hancur. Kemudian masukkan mentega, lada sulah, sedikit keju parut, daun sup dan garam. Gaulkan rata2.
  4. Kemudian masukkan semula isi kentang tadi ke dalam kulit kentang. Balutkan kentang dengan kertas foil dan susunkan di atas dulang pembakar. Bakar selama 10-15 minit.
  5. Keluarkan kentang dari oven dan taburkan lebihan keju parut dan bakar semula sehingga keperangan.
  6. Setelah masak, keluarkan dari oven dan hidangkan.


Masak Lemak Pucuk Ubi


Masak lemak ni boleh dipelbagaikan. Instead of pucuk ubi boleh jugak diganti dengan pucuk paku ke, pisang muda ke, cendawan kikir ke, dapat pucuk labu lagi sedap!

Bahan-bahan :
3 cekak pucuk ubi - yang telah dileraikan dari pelepahnya
200ml santan pekat - saya guna santan kotak je (*)
200ml air (*)
10 biji cili kering (**)
3 ulas bawang merah (**)
Sedikit belacan - jika suka (**) - saya tak guna pun
Segenggam ikan bilis
Sedikit garam
Sedikit perasa

Cara-cara :
  1. Rebus pucuk ubi hingga lembut dan toskan dan perah airnya. Masukkan ke dalam periuk yang akan digunakan untuk memasak.
  2. Campurkan (*) dan kacau rata.
  3. Tumbuk bahan2 bertanda (**) hingga hancur. Masukkan ikan bilis dan tumbuk sedikit saja sekadar nak pecah2kan saja.
  4. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk berisi pucuk ubi. Pastikan santanya setakat sama paras dengan pucuk ubi.
  5. Masak di atas api yang sederhana hingga mendidih. Perasakan masinnya. Siap!!!
Kalau nak pedas lagi, bolehlah ditambah cili kering lagi.