Friday, November 20, 2009

Apam Comel Inti Blueberry



Resepi asal daripada Lilydvalley @ MyResipi tapi saya olah sedikit untuk memudahkan pemahaman. Namanya asal apam ini ialah Apam Comel Inti Kelapa tapi saya tukar mengikut initi yang saya gunakan. Mintak izin ya Lily!


Bahan-bahan (lebih 100 biji papercup kecil) :
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
 
Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.




Nota :
Inti boleh kita pelbagaikan bergantung kepada citarasa sendiri...




11 comments:

geraugebang said...

salam. Comelnyeer. Nanti satu hari, mesti kak gerau nak buat. Baru survey bahan kat kedai kek. Tak pernah buat ni. berdebor-debor.

geraugebang said...

kita dah buat dah kek coklat kukus lembab tu. Jadi. Sedap. Terima kasih. Memang lembab, nak nak waktu hujan ni. he he he.

Azita said...

kak gearu...cubalah buat apam tu. senang je. bahan2 pun mudah. kek lembab tu mmg lembab kan tp bkn sbb kena air hujan ya!

indahhouse said...

salam Azita,
comel2 apam tu. geram tengok.
Selamat hari Raya AidilAdha, buat azita sekeluarga :)

Azita said...

indahhouse :
salam kenal dari saya ya...

kakintan said...

salam Azita..comel2 apam tu

kakintan said...

salam Azita..comel2 apam tu

Azita said...

waalaikumsalam kak intan. buat comel2 senang sekali ngap jer...

mummyseri said...

Salam kak ieta ..kite nak cuba la apam ni..anak kite mmg suke bluberry ni..kite cnp resepi yek..

akak, muar kat mana ye?

rinachoc said...

Salam. Saya nak tanya kalau tepung gandum tu ganti dengan tepung naik sendiri boleh tak??? Kalau boleh ... baking powder tu nak kurangkan atau tetap asal 3 sudu teh....Tolong emelkan ke rinachoc@yahoo.com.my ....

ida said...

Salam. Azita, akak dah buat apam ni. Akak cnp resepi ye.. terima kasih.