Wednesday, October 28, 2009

Kek Cokelat Kukus Lembab



 
Resepi asal saya dapat daripada adik ipar saya tetapi telah saya ubah mengikut citarasa setelah 3 kali percubaan. Kek ini mampat dan padat serta lembab. Sedap dimakan setelah disimpan semalaman. Selamat mencuba!!

 

 

Bahan-bahan (1 loyang 8" bulat) :Bahan A (ayakkan bersama) :1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung naik sendiri

 
Bahan B (gaulkan sebati) :
5 biji telur Gred B
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula
1 cawan minyak masak

 
Bahan C :
1 cawan air mendidih

 
Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Balut penutup dengan kain untuk mengelakkan air daripada menitis ke atas kek.
  2. Campurkan Bahan B ke Bahan A (atau Bahan A ke Bahan B) sambil dikacau dengan menggunakan whisk hingga sebati.
  3. Masukkan pula Bahan C dan kacau hingga sebati lagi.
  4. Tuang ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 40 minit @ sehingga masak.


 
Nota :
Resepi asal menggunakan tepung naik sendiri ditambah dengan 1 camca teh baking powder dan 1 camca teh soda bikarbonat. Kek akan naik tinggi seperti kek span.

 

 

2 comments:

geraugebang said...

sedap ni kena buat sebab senang. he he he

Azita said...

sekarang ni saya suka buat kek ini je kalau nak makan kek cokelat. yg lain2 tu kena try byk kali baru tau jadi tak jadi, sedap tak sedapnya...