Wednesday, August 19, 2009

Roti Jala



 
Bahan-bahan :
500gm tepung gandum
200ml susu segar @ susu cair
300ml air
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna kuning dan garam

 
Cara-cara :
  1. Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas dan kacau hingga sebati dengan menggunakan whisk. Pastikan adunan tidak bergentel. Jika perlu, kisar didalam belnder untuk pastikan adunan tidak bergentel.
  2. Panaskan kuali leper dan lengser sedikit minyak.
  3. Jalakan adunan ke atas kuali dan sapu sedikit minyak.
  4. Biarkan kekuningan dan angkat.
  5. Boleh dilipat 4 ataupun digulung sebelum dihidangkan.


 

4 comments:

blogresipi said...

Salam.. selamat berpuasa :)

norza said...

Salam penuh keindahan Ramadhan buat Azita, moga segala usaha di bulan mulia mendapat rahmat Ilahi. Have a great week ahead...

Azita said...

blogresepi :
waalaikumsalam dan selamat berpuasa juga!

Kak Norza:
Waalaikumsalam, terima kasih dan InsyaAllah...

aimi said...

salam..
klu nk bau die mkin bes, letak serbuk kunyit, x yah letak warna..bau kunyit tu semerbak..