Thursday, August 13, 2009

Puding Roti Marble


Resepi asal daripada Hana tapi saya dah edit sikit je.

Bahan-bahan (satu loyang bulat 9") :
5 keping roti
2 biji telur Gred A
½ cawan susu pekat
200ml susu cair
10 gram serbuk agar2
½ cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
4 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (boleh juga guna choc emulco)

Cara-cara :
  1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yang sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan serbuk koko @ choc emulco. Kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang-seli. Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. Ulang hingga habis! Ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sebab puding @ agar2 ini mudah sejuk @ membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
  7. Enak dimakan ketika sejuk!

Nota :
Boleh juga dibuat dengan menggunakan perasa @ emulco yang lain. Saya buat satu loyang dengan pandan emulco.

1 comment:

Isteri @ Ibu Cute said...

Saya bab2 puding ni..memang suka..cam sedap jer puding coklat...nak ambik resepi la..