Friday, August 28, 2009

Kuih Limas



Bahan-bahan Bahagian Bawah :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
2 sudu besar gula
1 cawan santan pekat
4 cawan air
10 helai daun pandan
Gula pasir secukupnya
Daun pisang secukupnya - dibuat bentuk kotak2 kecil yang tidak bertutup

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Balut penutup dengan kain untuk mengelakkan air daripada menitis ke atas bahan kukusan.
  2. Kisar daun pandan bersama dengan air. Tapis dan campurkan dengan santan pekat.
  3. Masukkan semua bahan2 lain ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati semuanya. Tapis untuk hilangkan gentel.
  4. Sudukan 1 sudu kecil gula ke dalam bekas2 daun pisang tadi.
  5. Tuang pula adunan ke atas gula tadi sehingga separuh acuan dan kukus sekejap hingga bahagian atasnya agak2 keras sedikit.
  6. Kemudian tuangkan pula bahagian atasnya dan kukus lagi hingga masak.

Bahan-bahan Bahagian Atas :
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan gula (optional)

Cara-cara :
  1. Campurkan kesemua bahan dan kacau hingga sebati. Tapis.
  2. Tuangkan ke atas bahagian atas yang telah dikukus tadi.

Nota :
Kuantiti gula di bahagian bawah bergantung kepada selera masing2. Jika nak lebih manis, sudukan lebih gula dan sebaliknya.


11 comments:

Kakda said...

kuih limas dgn tepung pelita sama ke?

ZAMAN said...

Azita, boleh saya copy resepi ni nampak macam sedap, nak test buat la.....

QueenJah said...

uish..membangkit keinginan la...
boley tunjuk cara buat sampan daun pisang tu step by step tak?

phalla said...

hi , your site is good, can we exchange link?
here is my link
http://khmerlovenews.blogspot.com

I hope you can

Best regards,
phalla

Nuridah said...

salam,

nampak sedap kuih ni...

HomeKreation said...

Salam Ita. Selamat Hari Raya to you & family. Nanti amikkad dari ALong ya.

syahbandar87 said...

kt kelantan kuih ni dipanggil tepung pelita...sedappp..sedap sngt2
:)

Fiza Nordin said...

salam k ita...1st time sy ke sini...kat sini memang akak khaskan tuk cerita masak2 je yek...

kuih limas ni sy suke yg air gulanye bergenang gitu...ah,heaven!kering2 tak sukerla...rase mcm makan tepung talam pulak...ehehee

geraugebang said...

kalau makan bulan posa lagi best.

Azita said...

kakda :
lebih kurang cuma kuih limas ni kena letak gula pasir di bhgn bawah sebelum dikukus

zaman :
silakan! mmg utk dikongsi bersama..

queenjah :
alamak, buat sampan!

phalla :
to exchange link? sure...no problem!

Azita said...

nuridah :
mmg sedap kuih ni! cubalah!

fiza :
mmg sedap kan!!!

geraugebang :
x posa pun boleh jugakkk!!!

syahbandar87 :
mungkin sama tapi ak serupa...