Wednesday, August 5, 2009

Kek Cokelat Lembab


Semuanya cokelat....!!! Kek cokelat, glis cokelat dan truffle cokelat! Resepi kek dari Nina, manakala seni menghias, glis dan truffle dari buku Seni Hiasan Kek oleh Chef Norzailina Nordin.

Kek Cokelat Lembab

Bahan-bahan :
250 gm mentega
300 gm gula kastor
1 camca besar ovalette
4 biji telur Grade B - saya gunakan 3 biji telur Gred A

Diayak :
250 gm tepung
2 camca teh baking powder
1½ camca teh soda bikarbonat

Bahan2 paste :
1 cawan serbuk koko
1¼ cawan susu UHT
60 gm gula kastor
1 camca besar serbuk nescafe segera - optional

Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan ovalette sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu.
  2. Masukkan bahan2 yang telah diayak berselang-seli dengan paste.
  3. Glis loyang bulat 9" dengan mentega. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170'C. Selepas setengah jam turunkan suhu ke 150'C bergantung pada oven masing-masing.
  4. Setelah masak, sejukkan di atas redai.


Truffle Cokelat

Bahan-bahan :

120 gm coklat masakan
300gm gula aising
100 gm mentega
60 ml krim putar

Cara-cara :
  1. Cairkan coklat masakan secara double-boiler hingga coklat cair. Angkat dan biarkan sejuk sedikit.
  2. Dengan menggunakan sudu, kacau gula aising, mentega dan krim ke dalam coklat hingga campuran itu sebati dan licin.
  3. Ketepikan sehingga agak pekat supaya senang untuk disapu pada kek (saya tambah yang ini...dalam buku tak ada).

Glis Cokelat

Bahan-bahan :
225 gm coklat masakan
115 ml krim putar

Cara-cara :
  1. Panaskan coklat masakan dan krim putar di dalam periuk dasar tebal atas api kecil.
  2. Biar glis cair dan sebati, angkat dan ketepikan sehingga pekat dan boleh disapu dengan mudah.

Cara-cara menghias kek (saya tokok-tambah sikit...) :
  1. Potong kek secara mendatar unutk dapatkan 3 kepingan (saya buat 2 kepingan saja) kek.
  2. Sapu truffle di atas lapisan pertama dan ratakan.
  3. Tangkupkan dengan sekeping kek lagi dan tekan pelan2.
  4. Curahkan glis cokelat dan sapukan sehingga rata menyaluti kek.
  5. Gunakan penyisir kek untuk melorek corak di atas dan tepi kek.
  6. Isi baki truffle ke dalam beg aising bermuncung bintang. Paipkan di keliling bahagian bawah kek dan juga di atas kek.





5 comments:

izan said...

sdapnya kek...memang moist yer

Azita said...

ya...mmg moist...sedap!

mummyseri said...

wahhh sedap la kek choc ni kak..sy antu kek coklat..tp bab deco blum pndai lg :)..n salam kenal kak

Chik Mi said...

tq kak itakongsi rcp kat ni.nmpk cantik akak deco tu

Azita said...

mummyseri :
salam perkenalan juga dari k.ita...thanks for visiting umah k.ita!

ChikMi:
lepas ni chikmi buat pulak dan tayang kat umah chikmi ya!