Resepi asal dari Love2Cook @ MyResipi...
Bahan-bahan :
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan2 dikisar bersama:-
6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai
3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
½ sk serbuk jintan putih
½ sk serbuk jintan manis
½ sk serbuk ketumbar
½ sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
- Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
- Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
- Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah ½ masak.
- Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!


3 comments:
Wow, sungguh menggoda ayam U tuh! nakkkkk! Love add link yer ;)
Ramainya kuih pada bulan posa nih
Love :
mmg sedap ayam ni...tak jemu! link? silakan...
PakKaramu :
sehari satu kuih... sehari satu sunnah... selamat berpuasa!
Post a Comment