Thursday, July 23, 2009

Baked Conchiglie


Bahan-bahan :
200gm chochiglie - boleh ganti dengan makaroni atau lain-lain
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 tin cendawan butang - dibelah 2
1 biji lada benggala hijau - dipotong dadu
Mixed herbs, garam dan perasa secukupnya
Daun parsley secukupnya - dipotong halus
1 biji kentang - separuh dipotong dadu, separuh dihirs nipis
2 biji tomato - hiris nipis
6 biji telur

Cara-cara :
  1. Rebus conchiglie hingga lembut - lebih kurang 7 minit. Campurkan sedikit minyak dan toskan.
  2. Masukkan conchiglie bersama bahan2 lain kecuali kentang yang dihirs nipis, tomato dan telur. Kacau hingga rata.
  3. Pecahkan telur ke dalam bahan2 tadi dan kacau hingga rata lagi.
  4. Akhir sekali aturkan kentang dan tomato dan bakar selama 1 jam dalam suhu 180 degree.
  5. Jika gunakan loyang yang besar, adunan akan menjadi nipis sedikit. Masa untuk membakar yang diperlukan bergantung kepada ketebalan adunan. Selamat mencuba!

Nota :
Boleh ditambah dengan udang, sotong atau lain2 jika suka.


Sebelum dibakar...




2 comments:

geraugebang said...

Assl, Salam kenal dari kak gerau. Payah benor menyebutnya ek.

Azita said...

waalaikumsalam kak gerau... knapa geraugebang??? hehehe...