Monday, May 25, 2009

Roti Sardin Gulung


Bahan-bahan :
10 keping roti wholemeal
1 tin sardin yang kecil - saya guna brand Ayam
1 labu bawang besar - dicincang
1 biji limau kasturi
Garam dan perasa secukupnya
2 biji telur - dipukul sedikit

Cara-cara :
  1. Nipiskan roti dengan menggunakan rolling pin. Ketepikan.
  2. Lenyekkan ikan sardin di dalam mangkuk tanpa sosnya. Masukkan bawang besar yang telah dicincang, garam, perasa dan perahkan limau kasturi. Kacau rata.
  3. Ambil sekeping roti, letakkan sedikit sardin dan gulung seperti membuat kuih gulung @ ketayap.
  4. Sapukan hujung roti dengan sedikit telur supaya gulungan roti tidak terbuka. Buat hingga habis.
  5. Panaskan minyak. Celup roti ke dalam telur dan goreng hingga kekuningan dengan api yang sederhana.


4 comments:

blogresipi said...

Salam singgah...Sedap2 nampak resipi kat blog ni...saya add link ye :)

geraugebang said...

sedapnya. Boleh simpan gambor. Buat ingatan waktu puasa nanti. Akan kubuat. Tunggu.

Azita said...

blogresepi :
salam gak utk blogresepi. rajin2 le menjenguk ya!

geraugebang :
yg ni pun senang, simple dan sedap gak. aiii...jauhnya nak tunggu puasa

Muliati said...

YUMMM.. sedapnyer.. nk try..