Friday, May 15, 2009

Puding Karamel Lapis Coklat



Resepi asal daripada Kak Ummi Zaihadi.

Bahan A :
1 tin susu cair (*ummi guna Nestle Ideal)
5 sudu bear gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila
Bahan B :
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur gred A
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat
Bahan C :
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas (atau boleh guna 2 sudu besar madu)

Cara-cara :
  1. Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
  2. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8"x8" (*ummi guna loyang bulat berdiameter 6" x 3" tinggi).
  3. Masukkan ½ cawan (*ummi letak ¾ cawan) adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga masak.
  4. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang-seli hingga habis.
  5. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan.
  6. Potong dan hidang.





3 comments:

Ummi said...

Ita...wah rajin melapis banyak lapisan tuh!..hehe..cantik wat nipis2 lapisan tu..apapun sedap eh!

Azita said...

setiap lapisan tu saya gunakan 6 senduk kecil adunan. mungkin loyang tu besar sikit, tu sebab lapisannya jadi nipis. tp mmg best la Kak Ummi!!!

AFIQ said...

Thanks taw? dah dapat resepi baru.....bru jer habis masak...... paper pon mmg best.....