Sunday, May 24, 2009

Kuih Siput



Resepi dari emak tersayang...! Biasanya emak buat masa raya je tapi boleh juga dibuat sebagai kudapan sambil menonton tv atau untuk minum petang.

Bahan-bahan :
1 kg tepung gandum
1 cawan marjerin
1 paket rempah kari daging – kecil
1 paket udang kering
2 biji bawang besar
1 camca besar jintan kasar
6~10 tangkai daun kari
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya

Cara-cara :
  1. Kisar udang kering, bawang besar, jintan kasar dan daun kari.
  2. Gaulkan tepung dengan marjerin hingga berderai.
  3. Masukkan kesemua bahan2 lain termasuk yang telah dikisar. Gaul rata.
  4. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil diuli. Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
  5. Ambil secubit doh dan tekan di atas acuan kuih siput. Buat sampai habis adunan.
  6. Goreng di atas api sederhana hingga masak dan garing.
  7. Tunggu hingga betul2 sejuk sebelum disimpan di dalam baling kedap udara.





4 comments:

Jun said...

aikkk..mcm dah nak raye ni...sedapnyer dapat makan ni sambil tgk tv..hehe

norliza abd ghani said...

slm azita,
jgn marah kita ciluk resepi kuih siput ngn choc chip kat blog awak...nampak macam sedap jer...

Mutiara Kasih said...

Salam tuan rumah..nak minta resepi kuih siput ni yer...nak try buat untuk anak-anak.
terima kasih ya...

adamshop said...

hehehe,apa susahhhhh...order jer kt sy ni haaa....
http://adamshoppe.blogspot.com