Monday, May 18, 2009

Choc Chip Muffin


Bahan-bahan (22 biji) :
Bahan A :
3 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 ¼ cawan gula kastor
5 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
½ cawan campuran cokelat chip coklat dan cokelat chip putih
Bahan B :
2 biji telur
2 cawan susu segar
½ cawan minyak
Bahan C :
Cokelat chip secukupnya - untuk taburan
Muffin cup secukupnya

Cara-cara :
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
  2. Satukan Bahan A di dalam mangkuk dan gaul rata. Lubangkan ditengah-tengahnya.
  3. Satukan Bahan B di dalammangkuk lain dan kacau hingga sebati.
  4. Tuangkan Bahan B ke dalam Bahan A dan kacau dengan menggunakan garfu atau camca besar sahaja. Cukup sekadar untuk menyatukan kesemua bahan. JANGAN DIPUKUL! Adunan akan nampak macam berketul2.
  5. Sudukan adunan ke dalam cawan muffin dan bakar selama 25 minit.


2 comments:

Humaira Khairunnisa said...
This comment has been removed by the author.
Humaira Khairunnisa said...

assalammuaalaikum.. nak tanya ,muffin ni crispy sikit tak? tak suka la lembut2 sgt hehe