Tuesday, May 19, 2009

Bubur Jagung Keledek


Bahan-bahan :
2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
1 biji keledek sederhana besar - dipotong dadu anggaran 1cm
Secubit garam
1 cawan santan pekat - saya gunakan santan kotak dalam bentuk liquid
4 cawan air - dicampur dengan santan pekat
3 sudu besar gula merah - tambah lagi jika nak warnanya lebih perang
4 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
1 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara :
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali jagung. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  2. Apabila keledek telah empuk, masukkan jagung dan masak hingga mendidih.
  3. Siap untuk dihidangkan.
Nota :
Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan.
Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan.
Bancuhan santan boleh digantikan dengan susu segar.
Jika tidak suka keledek, boleh digantikan dengan sagu.



2 comments:

Aishah@Ariffin@Aqil said...

salam ziarah...lompat dari blog akak hana...
byk menu2 menarik kat sini...
bubur jagung keledek nih tak pernah mkn lagi...camne rase ekk...?

Azita said...

salam utk Aishah! akak ni tak le pandai sgt memasak sekadar ingin berkongsi resepi2 dgn kengkawan kat sini. bubur ni sedap (pada yg suka la..), anak2 akak mmg suka. keledek tu boleh juga diganti dgn sagu @pun tak dicampur dgn apa2 pun boleh jugak...