Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar
1 biji telur
½ camca teh garam
1 camca teh paste pandan
Gula pasir secukupnya - untuk filling
1 helai daun pandan - sebagai berus untuk menyapu minyak ke acuan
Cara-cara :
- Satukan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali susu segar. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan whisk. Pastikan adunan tidak bergentel. Buat sehingga susu habis.
- Panaskan acuan kuih cara ataupun acuan kuih baulu. Pastikan apinya sederhana sahaja.
- Sapu acuan dengan sedikit minyak - gunakan daun pandan tadi.
- Tuang adunan ke dalam acuan hingga agak2 penuh. Biarkan sekejap hingga bahagian tepinya kelihatan mula mengeras (warna bertukar dari hijau muda ke hijau pekat).
- Sudukan sedikit gula dan tuang ke atas setiap kuih tadi. Tutup acuan dengan tudung periuk. Bakar sehingga masak, dalam lebih kurang 2 minit. Kalau nak garing, bolehlah dibakar lama sedikit tapi janganlah sampai hangus pulak...
- Keluarkan dari acuan dengan menggunakan garfu. Siap!!
- Susu segar boleh diganti dengan susu cair ataupun santan - ikut yang mana anda sukai.
- Gula pasir (filling) boleh diganti dengan bahan lain seperti kaya - ikut selera masing2.
- Selain dari perisa pandan, boleh juga ditukar dengan perisa dan pewarna lain - ikut selera masing2.
TAPI...kalau semuanya dah ditukar, tidaklah namanya Kuih Cara lagiii....


No comments:
Post a Comment