Thursday, April 9, 2009

Kek Pisang Bercoklat


Resepi asal oleh Nor_67.

Bahan-bahan ( saiz loyang 9" x 9" ) :
250gm mentega/marjerin
¾ cawan gula castor
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur gred A
1 cawan pisang yg dilecek
½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang (saya gunakan coklat chip aje...)
Cara-cara :
  1. Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
  2. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
    Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
  3. Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
    Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
  5. Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
  6. Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
  7. Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lagi cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup.
  8. Selamat mencuba..


5 comments:

Datin El said...

salam azita nak tumpang tanya pisang apa yang paling sesuai untuk kek ni ye..t.ksh

Azita said...

salam Datin El...
pisang yg sesuai rasanya ialah pisang emas @ berangan sebab pisang2 tu mmg sedap dan lemak manis. tapi saya kalau buat apa2 kuih, kek @ apam yg berkaitan dengan pisang, saya tibai je pisang apa yg ada. jadik jugak...

hana said...

salam k.ita..
aritu pk nk dtg umh akak! tp SL xde plak no tpon akak! xpe la..xde rejeki! len taun kita sampai sana er! hihihi

Ummi said...

Salam Ita, kek pisang ni akak baru gak wat masa besday hubby, tp xdan nak posting lg..byk sgt pulak menu yang duk que..hehe..sedap sangat2 kan..

Azita said...

hana: tu lah! camana la SL leh terhilangkan akak nyer h/p no. insyaallah, panjang unur, kita jumpa gak. tapi jeles tgk dan baca citer hana kat umah2 lain tu!! huhuhuh

Kak Ummi:
Ye lah! dlm umah kengkawan kat sini mcm2 resepi enak ada. byk resepi masih dlm Q...tapi kek pisang tu mmg sedap!