
Resepi asal ialah daripada Rokayah @ MyResipi tapi telah saya olah sedikit.
Bahan-bahan (70 biji papercup kecil2) :
3 biji telur
1 cawan gula
1 camca besar ovallete
1 cawan air aiskrim soda
3 cawan tepung gandum
Sedikit pewarna merah jambu dan hijau
Papercup secukupnya
Cara-cara :
- Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang dan gebu.
- Masukkan air aiskrim soda, dan pukul lagi.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul rata.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna merah jambu dan hijau. Satu bahagian dibiarkan dengan warna asal sahaja.
- Masukkan ke dalam paper cup dan kukus dalam 10 -15 minit.




9 comments:
comeynyerrrr apam senyum akak! lebor smpi ke japan! hihihi...
salam azita..apam ni fav kita bole lah kita cuba resepi ni nanti ye..tq.
Salam Azita. Kiut-miut ler....
hana:
mmg comey bebeno...mcm tuannya!!! hahaha
Datin El:
cubalah Datin, mmg sedap dan senang nak membuatnya.
AlongRoz:
Yang kiut tu...tuannya ker..apam tu? hehehe
salam ita..akak ambil resepi apam senyum tau..halalkan p & c ..
kak ina kl:
silakanlah! memang untuk dikongsi bersama...
kak ita..
seri pon nak amek rsepi ni yek..k
paper cup tu masa nak mengkukus perlu diletak dalam acuan apam ker or just kukus dalam paper cup jer...
baru perasan akak ada letak resepi ni kat sini... kebetulan saya la Rokayah kat my resepi tu... nama penuh pulak Rokayah Zain.. adik beradik akak la jadi nya.. ;)
Post a Comment