Thursday, February 12, 2009

Udang Masam Manis


Resepi asal oleh Hanieliza.

Bahan-bahan :
500 gm udang besar (bersihkan)
1 s/b kunyit
1 s/k garam
minyak

Bahan untuk sos :
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
½ cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
½ cawan air
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa


Cara- cara :
  1. Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
  3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
  4. Masukkan juga cili potong dan gula.
    Setelah kuat pekat, masukkan duang dan gaulkan rata.
  5. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.



2 comments:

hana said...

sedapnyer kak tgk udang nih!

Azita said...

hana...1st time kak ita masak masam manis ni. anak2 n hubby puji. next time nak cuba ngan ikan ker, sotong ke, dll...cubalah! kat sana udang mesti besar2 kan?