Salah satu hidangan untuk sarapan pagi yang paling ringkas. Unutk yang ini saya hanya menggunakan hirisan timun sahaja.
Bahan-bahan :
2 biji telur - direbus keras
8 keping roti - dibuang tepinya
1 sudu besar mayonis
Sedikit lada sulah
Hirisan timun secukupnya
Hirisan tomato secukupnya
Daun salad secukupnya
Marjerin secukupnya
Cara-cara :
- Hancurkan telur di dalam satu bekas hingga agak hancur samada menggunakan sudu ataupun pisau untuk sapu mentega tu.
- Masukkan lada sulah dan mayonis dan kacau hingga rata dan sebati.
- Ambil 2 keping roti dan sapukan sedikit nmarjerin ke atasnya.
- Letakkan daun salad, kemudian hirisan timun, kemudian hirisan tomato ke atas sekeping roti tadi.
- Kemudian letakkan sesudu adunan telur tadi dan ratakan.
- Letakkan hirisan tomato, kemudian hirisan timun dan kemudian daun salad.
- Akhir sekali letakkan sekeping lagi roti yang telah disapu marjerin ke atasnya.
- Jika suka bolehlah dipotong kepada 2 bahagian dan siap untuk dihidangkan.
Sandwich ini boleh juga dibakar dengan menggunakan sandwich maker.


2 comments:
salam kenal...google jumpa recipe sandwich telur...
sama lah kita...jumpa lepas google sandwich telur..
Post a Comment