Thursday, February 12, 2009

Roti Marble Coklat



Resepi asal oleh Onigiri @ MyResipi.

Bahan-bahan :
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 sudu besar butter atau marjerin
140 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. Kalau ade BM tekan On je.
  2. Perap doh selama 40 minit. Kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
  3. Bahagi doh pada tiga bahagian. Satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau terlembik boleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. Pastikan adunan betul betul sebati ye. Warna sekata untuk doh coklat tu.
  4. Satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. Letakkan doh coklat di tengah-tengah.
  5. Tutupkan keseluruhan adunan tadi potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang. Letak dalam sandwish loaf.
  6. Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
  7. Siap dibakar dan sejukkan atas redai. Selamat mencuba.




4 comments:

Ummi said...

Azita, lawanya roti marble..u uli ke guna BM..akak ni dah lama x nguli..maleh jek..tp tgk cantik cam nak try la pulak..ish ish..naik lagi la muscle akak nguli selalu..ahaksss!!

Azita said...

ummi, saya guna kederat 4 kerat je tspi hasilnya tak le seberapa sebab tak cukup power.....

mommy otai said...

k.ita..meh amik award mehh..
akak letak la chat box kat sini..sng kite borak2..hehee

MAK TEH said...

cantiknya roti,baru tadi makteh beli orange bread kat masai..nak wat x pandai.salam perkenalan