Sunday, February 1, 2009

Puding Karamel Tanpa Telur


Resepi asal oleh firasyira @ MyResepi. Sedap jugak puding ni terutama kalau dimakan sejuk2...
Bahan-bahan ( 10 orang ) :
Bahan A (gula hangus) :

2 sudu besar gula
Bahan B :
1 bungkus agar-agar serbuk (7 @ 8 gm)
4 cawan air
2 ½ sudu besar gula
Bahan C :
1 tin susu cair (400ml)
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu vanilla

Cara-cara :
  1. Hanguskan gula macam buat karamel untuk puding karamel yang lain.
  2. Dalam periuk didihkan Bahan B. Kecilkan api, kemudian masukkan Bahan C. Kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
  3. Bekukan sebentar, dan hidang. Lebih sedap dihidang sejuk-sejuk.


1 comment:

~~zAnAfAhMi~~ said...

salam Azita...
slmt berkenalan, dtg nak resepi puding ni..