Tuesday, February 3, 2009

Kuih Lapis Serikaya Choc


Lagi variasi kuih lapis oleh Kak Fida @ MyResipi. Memang sedap kuih lapis ni. Diperturunkan resepi asal Kak Fida...

Bahan-bahan (loyang 10" x10") :
300 gm tepung gandum (*)
60 gm tepung hoen kwee (*)
360 gm gula halus (*)
2 biji telur (*)
1500 ml santan (*) (akak guna 500ml santan kotak+1050ml air)
1/2 sk garam (*)
50 ml santan (ambil dr santan yg tlh di sukat)
25 gm serbuk koko
sedikit pewarna kuning

Cara-cara :
  1. Satukan kesemua bahan2 yg bertanda (*) dlm sebuah mangkuk dan kacau rata.
  2. Serbuk koko dan 50ml santan dibancuh dan ketepikan.
  3. Adunan (1) tadi ditapis dan dibahagi 2 bahagian, 1 diwarnakan kuning dan 1 lagi dicampurkan dgn campuran koko dan tapis.
  4. Panaskan loyang yg bergris dalam kukusan dan tuang adunan kuning dan kukus selama 5 min.
  5. Tuang pula adunan koko atas lapisan kuning, tanpa mengeluarkan loyang, dan kukus selama 5 min. dan lakukan dgn mengukus adunan selapis2 berselang-seli warna hingga habis dan kukus lapisan terakhir selama 15-20 min. agar kuih masak keseluruhannya.
  6. Biar kuih sejuk di dalam loyang dan bolehlah dipotong kecil dan disajikan.


3 comments:

hana said...

sedapnyerrr kak! haii tengok jerk la! huhuhuhuuu....

CikMin said...

buat la hana....kang leleh lak...

Azita said...

sian hana...hana tak teoung tu kan? apa yg boleh saya tolong ye??