Friday, January 23, 2009

Triffles




Bahan-bahan ( 40 bekas ) :
1 tin buah laici @ longan
1 tin kiub nenas
Swiss Roll Cake (Perisa kesukaan masing2)

Lapisan Kastad :
1 tin susu cair
6 sudu tepung kastard
½ cawan gula
5 cawan air

Lapisan Jelly :
Sekotak Jelly segera (apa2 perisa)

Cara-cara :
  1. Potong swiss roll kecil2 dan susun ke dalam acuan.
  2. Campurkan semua bahan2 untuk Lapisan Kastad. Gaul hingga sebati. Dan panaskan di atas api sehingga pekat.
  3. Tuangkan kastard ke atas swiss roll tadi.
  4. Kemudian susunkan pula buah-buahan (longan dan nenas kiub) ke atas kastard tadi.
  5. Sediakan jelly mengikut cara yang tertera di kotak bungkusan (Masukkan serbuk jelly ke dalam 2 cawan air yg mendidih). Tuang jelly ke dalam bekas triflles. Biarkan sejuk.
  6. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Sedap dihidangkan sejuk2


Lapisan jelly dengan 3 perasa - lime, blackcurrent dan raspberry.




8 comments:

hana said...

kak.ita.... jual ker nih? nak order boleh! hehehehe

Azita said...

ha'ah la hana. untuk dijual. nak beli ker??? berapa kontena???

ela said...

suka!suka!suka!...cute la kalau wat makan2 nih mesti comel kan.....kak ita, kalau takda swiss roll cam mana ek?

shnadzarahalhabsyi said...

askum..slm perkenalan...teringin nak blaja wat ni...cantik tul..sy sharifah...new follower....klu sudi..jom ikut sy plak...tq...

dirahana said...

kak ita...sy kdg2 tibai je ape2 kek...asal ada...tp triffle ne mmg sedap..

nur nadiah said...

nk tny swiss roll 2 just potong kcik n ltk trus dlm bekas 2 ke???

Noorul0206 said...

kak..saya pn ada cuma buat masa raya...tapi tak sekemas akak nye....hheheheheh

Mass said...

yay...yg ni try pun menjadi :D