Saturday, January 17, 2009

Puteri Ayu Koko


Resepi asal ialah daripada Kak Fida @ MyR tapi saya dah ubah sikitttt je.. Saya ubah namanya dari Tiwul Ayu Choc kepada Puteri Ayu Koko dan juga beberapa bahannya. Jangan marah ye Kak Fida!

Bahan-bahan :
160 gm tepung naik sendiri
2 camca besar serbuk koko
2 biji telur
120 gm gula halus
1 camca teh ovalette
100 ml susu segar
Kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi
Acuan puteri ayu secukupnya - disapu sedikit minyak masak

Cara-cara :
  1. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Di dalam mangkuk mixer, pukul telur dan gula hingga kembang.
  3. Masukkan ovalette dan terus pukul sambil dimasukkan susu dan pukul terus hingga putih.
  4. Masukkan campuran tepung dan kaup-balikkan denganspatula atau senduk hingga rata.
  5. Ambil sedikit campuran kelapa parut dan bubuh ke dalam acuan dan tekan hingga padat.
  6. Sudukan adunan ke dalam acuan. Kukus selama 10 min di dalam kukusan yang telah dipanaskan dahulu.

2 comments:

mommy otai said...

waaaaa bestnyer...
mai sepinggan..hehhee

Azita said...

camana nak bagi ni?? ambik je la gambar tu sbg ganti...hehehe...