Friday, January 30, 2009

Pau Kelapa


Resepi asal daripada Jun @ Yummylicious...Pau Bagus. Tapi saya gunakan inti kelapa.

Bahan-bahan :
240gm tepung pau
1 sudu teh yis
25gm shortening
1 sudu teh serbuk penaik 'double action'
Secubit garam
30gm gula halus
½ sudu teh cuka
100ml air suam
Cara-cara :
  1. Larutkan gula bersama air dan cuka.
  2. Dalam bekas lain campurkan tepung, serbuk penaik, yis, garam dan shortening. Gaul rata.
  3. Masukkan larutan gula, adun hingga doh sebati terbentuk.
  4. Tutup dengan kain lembab selama lebih kurang 45 min. Tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
  5. Ambil sedikit doh, bulat2kan, leperkan. Letak inti dan bulat2kan semula.
  6. Letak atas kertas pau (saya gunakan daun pisang), rehatkan lagi 20min. Kukus selama 15min. Siap!!!


2 comments:

princessharyati said...

pau ada tart telur ada rajin azila nii... yatt ni bila entah nak buat pau

Azita said...

dah lama teringin nak mkn pau ni tapi ada bhn2 yg tak ada. bila dah cukup terus je buat. anak2 pun suka, itu yg syoknyer...