Friday, January 16, 2009

Nasi Ayam Pandan


Bahan-bahan :
3 cawan beras Basmathi
4 cawan air
1 biji bawang besar (**)
4 ulas bawang putih (**)
2 inci halia (**)
1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 4 bunga cengkih
1 kiub pati ayam
2 helai daun pandan
Garam dan persa secukupnya
Cara-cara :
  1. Basuh beras dan toskan. Masukkan ke dalam periuk yang akan digunakan untuk memasak nasi nanti.
  2. Kisar bahan2 bertanda (**) hingga hancur.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis. Masukkan bahan2 yang telah dikisar dan tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan secawan air dan biar hingga mendidih. Masukkan pati kiub, garam dan perasa.
    Tunggu hingga pati kiub tu hancur sepenuhnya sebelum ditambah baki air 3 cawan. Biarkan mendidih sedikit.
  5. Tuangkan ke dalam periuk yang berisi beras. Masukkan juga daun pandan yang telah disimpul. Kacau rata.
  6. Tenggek dia tas dapur dan masak macam biasa. Kalau guna dapur letrik, tekan suis "on" aje dan tunggu hingga masak. Siap!!!


2 comments:

zaliana said...

kak ita
berkenan pulak ngan nasi kak ita ni..nanti nak cuba :D

Azita said...

cubalah! senang je nak buatnya dan apa yang penting....hubby n anak2 suka! sekali adap je...abis!