Friday, January 23, 2009

Nasi Ayam Pandan Planta

Set Nasi Ayam Pandan Planta ini terdiri daripada Nasi Ayam Pandan Planta, Ayam Bakar Madu, Sos Ayam Bakar Madu dan juga Sup Ayam. Mulakan dengan memasak Sup Ayam kerana kuahnya akan digunakan untuk membuat sos dan juga ayam yang akan digunakan untuk Ayam Bakar Madu juga telah dimasak bersama sup hingga separuh masak. Saya gunakan seekor ayam dimana 10 ketul dipotong besar2 untuk dibakar dan selebihnya dipotong kecil2 untuk sup.




Bahan-bahan untuk nasi :
4 cawan beras Basmathi
5 cawan air
1 kiub pati ayam
1 batang serai - dititik
2 helai daun pandan - dipotong anggaran 3" panjang
4 ulas bawang merah (**)
4 ulas bawang putih (**)
1" halia (**)
Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 5 kuntum bunga cengkih
3 camca besar Planta marjerin
Garam secukupnya

Cara-cara :
  1. Basuh beras dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan ketepikan.
  2. Kisar bahan2 bertanda (**) hingga hancur.
  3. Panaskan minyak untuk menumis dan tumis bahan2 yang telah dikisar bersama rempah tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan kiub ayam dan tambah sedikit air. Didihkan hingga kiub hancur dan sebati.
  5. Masukkan garam, serai dan marjerin dan didihkan hingga sekejap.
  6. Tuang ke dalam periuk berisi beras. Masukkan daun pandan ke dalam periuk dan masak macam biasa.




Bahan-bahan untuk Ayam Bakar Madu :
10 ketul ayam yang dipotong besar
3 camca besar kicap
2 camca besar sos tiram
4 camca besar madu

Cara-cara :
  1. Masak ayam bersama Sup Ayam hingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut.
  2. Perap ayam bersama kicap, sos tiram dan madu selama 10 minit.
  3. Bakar selama 30 minit pada suhu 200C.
Bahan-bahan untuk Sos Ayam Bakar Madu :
2 ulas bawang putih - dicincang halus
Lebihan air perapan Ayam Bakar Madu
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
Sedikit kuah Sup Ayam

Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan air perapan ayam dan biarkan mendidih.
  2. Masukkan kuah sup - kuantiti bergantung kepada banyak mana sos yang kita nak buat - dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan bancuhan tepung jagung - bergantung kepada kepekatan yang kita inginkan. Biarkan mendidih seketika dan matikan api.




Bahan-bahan untuk Sup Ayam :
Ayam yang telah dipotong kecil2
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1" halia
Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 5 kuntum bunga cengkih
1 paket rempah sup - dibancuh dengan sedikit air hingga menjadi pes

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis (**) bersama rempah tumis hingga kekuningan.
  2. Masukkan pes rempah sup dan masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan kacau sekejap sebelum ditambah air secukupnya. Biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan garam dan perasa secukupnya.

4 comments:

hana said...

bestnyer tgk nasik ayam nih! nnti leh cube! tQ kak.ita! i lebiu! hehehe

Azita said...

anak2 suka nasi ayam...tu yg dpelbagaikan cara masakan tu! psttt...tapi sos tu mmg sedap sbb anak2 memuji x abis2...hehehe...kembang emaknya!

Aishah @ UmmiAqil said...

salam kenal dari kite...

sedap nampa nasi ayam nih...

hana said...

k.ita... dh cube! mmg sedappp! heeee.. mekacih k.ita!