Friday, January 9, 2009

Lemak Kacang & Kerang


Kalau kat kampung, emak memang suka masak macam gini. Kerang boleh diganti dengan udang, kacang buncis boleh diganti dengan kacang panjang. Emak sebut kuahnya mesti "mmm-bare" (sebut 2x). Orang Perak faham le kot...hehehe.

Bahan-bahan :
25 batang kacang buncis
150ml santan pekat - campur dengan sedikit air
1 mangkuk kecil kerang yang telah siap dikopek (saya beli RM1)
6 batang cili kering
3 ulas bawang merah - hiris
Sedikit belacan - saya tak gunakan belacan
1 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - dikoyak2an
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara :
  1. Kacang buncis dipotong serong2. Masukkan kedalam periuk untuk memasak. Masukkan sekali kerang, serbuk kunyit, serai dan daun kunyit.
  2. Tumbuk cili kering hingga lumat. Masukkan bawang merah dan belacan dan tumbuk lagi hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk.
  3. Tuangkan santan dan kacau rata. Masak di atas api yang sederhana.
  4. Kacau supaya santan tidak pecah minyak. Apabila mendidih, masukkan garam dan perasa secukupnya. Kacau rata dan angkat sebelum kacang menjadi amat layu... Siap!!


2 comments:

hana said...

cedapnyerrrr k.ita! dh lama tk mkn kerang! huhuhuuuu

Azita said...

leh dpt kerang ker? leh gak ganti ngan udang kalau nak...