Wednesday, December 31, 2008

Lempeng Kelapa Muda


Lempeng Kelapa Muda.... juga dipanggil Tepek Nyor oleh orang Perak dan Coconut Pancake oleh orang Putih! Sedap untuk sarapan pagi, cicah dengan sambal ikan bilis ataupun ikan masin. Minum pulak dengan kopi-o. Mak mertua lalu kat belakang pun mesti tak nampak!! Tak caya cubalah...

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan kelapa parut - yang agak muda
Secubit garam
Air secukupnya

Cara-cara :
  1. Campurkan kesemua bahan dan kacau rata. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat macam nak buat jemput2.
  2. Panaskan kuali. Griskan sedikit minyak. Sendukkan adunan ke atas kuali dan ratakan, samada gunakan senduk tadi ataupun gunakan tangan.
  3. Tabur minyak dikeliling dan di atas adunan yang telah diratakan.
  4. Biarkan bahagian bawah agak kekuningan sebelum dibalikkan. Bila sebelah lagi dah kekuningan, boleh diangkat dan dihidangkan bersama sambal ikan bilis @ ikan masin dan kopi-o...

Kek Pisang

Tekstur kek amat lembut dan gebu. Resepi asal dari sofinar @ MyResipi tapi dah saya ubah ikut ukuran cawan (saiz 200ml).

Bahan-bahan :
4 biji pisang berangan
1 ½ cawan tepung gandum
1 ½ cawan gula halus
3 biji telur
1 camca teh soda bikarbonat
1 camca teh baking powder
1 camca teh ovalette
½ cawan + 2 camca besar minyak masak
½ camca teh garam

Cara-cara :
  1. Kisar pisang dan minyak hingga hancur. Masukkan ke dalam mangkuk mixer.
  2. Masukkan kesemua bahan lain ke dalam mangkuk berisi pisang tadi dan pukul dengan high speed hingga adunan menjadi putih dan gebu.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak @ marjerin. Masukkan separuh loyang sahaja kerana kek ini akan naik sekali ganda.
  4. Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 40 minit.


Nota :
  1. Kalau guna pisang emas @ pisang yang saiznya lebih kecil dari pisang berangan, jadikan kuantitinya 6 biji.
  2. Kuantiti minyak masak tu sebenarnya lebih dari ½ cawan tapi kurang dari ¾ cawan. Itu sebab ditambah 2 camca besar. Nak gunakan ½ cawan minyak pun boleh tapi kena tambah sedikit air takut adunan terlalu keras.


Tuesday, December 30, 2008

Kuih Lompang


Resepi asal dari Hanieliza @ fotopages. Simple and easy, yummy as well...!

Bahan-bahan (40 biji acuan lompang yg kecil):
Bahan A :
2 cawan tepung beras
1/2 sudu kecil kapur (bancuh dengan sedikit air dan tapis)
Kelapa muda diparut dan digaul dengan sedikit garam
Acuan lompang secukupnya

Bahan B (masak sehingga mendidih dan tapiskan) :
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
4 cawan air

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Bancuhkan tepung dengan air kapur yang ditapis.
  2. Tuangkan air gula yang suam dan kacau rata.
  3. Panaskan acuan lompang dalam kukusan.
  4. Tapiskan adunan ke dalam teko untuk memudahkan dituangkan ke dalam acuan lompang.
  5. Kukuskan kuih selama 20 minit.
  6. Sejukkan kuih sebelum dicungkilkan perlahan dan masukkan kelapa parut di bahagian yang berlubang di tengahnya.

Saturday, December 27, 2008

Koktail Kastad Buah

Koktail ni saya belajar dari biras saya. Dia selalu buat kalau dia buat open house. Since that, saya pun suka buat. Anak2 pun suka sangat. Sedap dimakan sejuk2.... Koktail ini adalah campuran koktail buah2an, kastad, air buah2an dan juga susu cair.

Bahan-bahan Untuk Kastad :
1 cawan tepung kastad
4 cawan air
2 sudu besar gula

Cara-cara :
Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau rata. Masak atas api yang sederhana sambil terus dikacau hingga pekat. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.

Bahan-bahan :
1 tin susu cair
1 tin fruit coctail
1 tin longan
Air masak secukupnya

Cara-cara :
  1. Panaskan susu cair hingga suam-suam kuku sahaja. Masukkan ke dalam bekas / mangkuk besar.
  2. Tuangkan air dari fruit coctail dan longan ke dalam susu dan kacau rata.
  3. Rasakan manisnya. Jika terlalu manis, tambah air masak secukupnya. Sejukkan.
Cara menghidang :
  1. Potong kastad berbentuk dadu. Masukkan ke dalam mangkuk kecil untuk menghidang.
  2. Masukkan pula buah2 koktail dan longan tadi. Kemudian tuangkan campuran susu sebagai kuahnya. Tambah ketul2 ais jika suka. Siap untuk dinikmati...!

Home Made Pizza

Original recipe from Tulip77 @ MyResipi. Toppingnya saya letak apa yang ada saja.

Bahan-bahan :
Untuk Doh Pizza
200gm / 2 cawan tepung gandum
20gm / 2 sudu teh yis segera
3gm / ½ sudu teh garam
5gm / 1 sudu teh gula
10gm / 2 sudu besar minyak sayuran atau minyak zaitun
½ cawan air suam untuk menguli

Untuk Sos Pizza
1 labu bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji tomato - cincang halus
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
¾ sudu teh gula
1 st oregano
garam & gula

Untuk Topping
Udang, sosej, daging ayam, daging lembu
Lada benggala hijau atau merah, tomato
Cendawan butang, bawang besar, nenas
Keju untuk pizza - mozarella

Cara-cara :
Untuk Doh Pizza

  1. Campur tepung gandum, yis, garam, gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata.
  2. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
  3. Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan.
  4. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.
  5. Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60 minit supaya doh naik sekali ganda.
  6. Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10 minit supaya kembang sedikit.
  7. Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya.
  8. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.
  9. Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur, daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
  10. Bakar selama 25-30 minit pada suhu 200 degree.
Untuk Sos Pizza
  1. Tumis bawang hingga naik bau.
  2. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.

Crispy Sticky Caramel Bangle

Sebenarnya ini adalah versi kuih keria @ kuih gelang jugak. Cuma cara salut gulanya saja berlainan sikit. Cara salutan membuatkannya rangup dan agak melekit sedikit.

Bahan-bahan :
2 biji keledek saiz sederhana
1 camca besar gula
2 cawan tepung gandum

Bahan salut :
3 camca besar gula
1/4 cawan air

Cara-cara :
  1. Rebus keledek hingga empuk. Tos dan lenyekkan. Masukkan gula dan kacau hingga gula hancur.
  2. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. Kuantiti tepung bergantung kepada citarasa sendiri. Jika mahukan lebih rasa keledeknya, kurangkan tepung sedikit. Jika tidak, boleh lebihkan tepung.
  3. Bentukkan adunan seperti gelang tangan yang besar @ kecil2 molek.
  4. Goreng dengan api sederhana hingga kekuning2an. Angkat dan toskan minyaknya.
  5. Panaskan air untuk buat salutan hingga mendidih. Masukkan gula dan kacau hingga rata. Biarkan sekejap hingga gula nampak keperang2an. (macam gula hangus). Kacau rata hingga pekat.
  6. Masukkan keria yang telah digoreng tadi dan kacau rata2. Goreng lagi hingga gula melekat pada keseluruhan kuih. Angkat untuk dihidangkan.

Nota :
Kuih ini akan melekat di atas pinggan @ piring disebabkan oleh karamel tadi. Jangan letak bertindih antara satu sama lain.

Sweet Potato Balls

One of sweet potato's products. Easy to prepare and yummy to taste... Sweet Potato Balls aka bebola keledek @ jemput2 keledek...

Bahan-bahan :
2 biji keledek saiz sederhana
2 cawan tepung gandum
1 camca teh soda bikarbonat
4 camca besar gula
Cara-cara :
  1. Rebus keledek hingga betul2 empuk. Tos dan lenyekkan.
  2. Masukkan gula ketika ubi masih panas2 dan kacau rata.
  3. Masukkan tepung dan soda dan uli hingga rata.
  4. Panaskan kuali untuk menggoreng. Sementara itu, bulatkan adunan keledek tadi kecil2. Masukkan ke dalam kuali setelah minyak panas.
  5. Goreng dengan api sederhana hingga keperang2an. Siap!!

Cucur Badak


Bahan2 Untuk Kulit :
2 biji keledek sederhana besar
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula pasir

Bahan2 Untuk Inti :
2 cawan kelapa parut
1 cawan udang kering - direndam dan ditumbuk halus
6 ulas bawang merah - dihiris
1 helai daun kunyit - dihiris
10 biji cili kering - ditumbuk lumat
5 batang serai - dihiris halus2
Gram dan perasa secukupnya

Cara Untuk Kulit :
  1. Rebus keledek hingga lembut, toskan dan lenyek hingga hancur. Masukkan gula dan kacau hingga gula larut.
  2. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit hingga adunan cukup lembut untuk dibentuk. Tidak perlu habiskan tepung jika perlu. Ketepikan.

Cara Untuk Inti :
  1. Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga rata.
  2. Masak di atas api yang sederhana sambil dikacau. Masak hingga semua bahan rata dan agak kering. Angkat.

Cara-cara :
  1. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat leper. Letakkan sedikit inti ditengah2nya dan cantumkan semula.
  2. Bulat2 adunan, kemudian leperkan sedikit.
  3. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga keperangan.

Friday, December 26, 2008

Sticky Caramel Chicken Wings

Resepi asal dari mutiarazura @ MyResipi. Dia guna 100% chicken wings tapi saya gunakan apa yang ada je...

Bahan-bahan :
12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
1 sudu besar halia dicincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
¼ cawan (60ml) madu

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
  2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
  3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!

Nasi 3 Warna

Resepi asal daripada umi_e @ MyResipi.

Bahan-bahan :
3 cawan beras (saya guna beras basmati)
3 cawan air
Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning secubit garam
1ketul stok ayam (Knorr atau maggi)
Beberapa helai daun pandan
2 sudu makan margerin
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara :
  1. Cuci beras dan toskan.
  2. Blend bawang besar, bawang putih dan halia.
  3. Panaskan periuk dan masukkan margerin hingga cair.
  4. Tumiskan bahan yang telah di blend hingga naik baunya.
  5. Masukkan 3 cawan air, stok ayam, garam dan daun pandan.
  6. Masukkan beras dan masak hingga nasi kering.
  7. Setelah nasi kering, buatkan lubang dengan belakang sudu pada 3 bahagian yang berbeza dan masukkan sedikit ketiga2 pewarna ke dalam lubang yang berbeza.
  8. Biarkan hingga nasi masak.
  9. Kacau nasi setelah betul2 masak.

Tuesday, December 23, 2008

Puding Roti


Resepi asal dari Beancurd @ MyResipi.

Bahan-bahan :
6 keping roti
30 gm mentega - dicairkan
80 gm kismis
4 biji telur - dipukul
475 ml susu segar
150 gm gula halus
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Carik-carik kecil kesemua 6 keping roti tadi dan susun atur ke dalam bekas yang bersesuaian.
  2. Tuangkan sama rata mentega yang dicairkan tadi ke atas roti. Selepas itu taburkan kismis ke atasnya.
  3. Di dalam mixing bowl pukul rata telur , susu segar, gula dan esen vanila. Setelah siap tuangkan ke atas mangkuk yang berisi roti tadi.
  4. Bakar di dalam oven dengan suhu 175 C selama 45 minit.

Nota :
Sedap dimakan sekiranya diletakkan di dalam peti ais terlebih dahulu setelah masak.

Friday, December 19, 2008

Kurma Telur

Bahan-bahan :
4 biji telur - direbus, kemudian digoreng bulat2
2 camca besar rempah kurma - dibancuh dengan sedikit air @ santan
2 ulas bawang merah - hiris (**)
1 ulas bawang putih - hiris (**)
½" halia - dimayang (**)
Rempah tumis secukupnya (bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis) (**)
1 biji bawang besar - dibelah 4
1 biji cili hijau @ merah - dibelah 4
1 biji kentang - dipotong 8
400ml santan

Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 bertanda (**) hingga kekuningan.
  2. Masukkan pes rempah kurma dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kentang dan kacau rata sekejap. Masukkan santan dan biarkan hingga mendidih dan kentang menjadi empuk.
  4. Masukkan telur dan ratakan. Biarkan mendidih dalan 5 minit.
  5. Akhir sekali masukkan belahan cili merah@ hijau dan bawang besar.
  6. Masak hingga bawang agak layu. Perasakan garamnya. Siap!!!!

Lemak Putih Labu Manis

Bahan-bahan :
¼ biji labu manis saiz sederhana - dipotong dadu anggaran 1"
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 biji lada merah - dihiris
10 ekor udang kering yang berkulit (boleh diganti dengan ikan bilis)
Sehelai daun kunyit - carik2kan
400ml santan
Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara :
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan tenggek / masak atas api yang sederhana hingga labu menjadi empuk.
  2. Tambah garam dan perasa secukupnya dan kacau sekejap. Angkat dan hidangkan.

Wednesday, December 17, 2008

Rendang Pedas Ayam Perak

Bahan-bahan :
1 kg ayam - dipotong besar2
15 - 20 biji cili kering - direndam dengan air panas selama 20 minit (**)
5 batang serai - dihiris (**)
2 inci halia - dihiris (**)
1 cawan kelapa parut
10 biji bawang merah - dihiris
1 camca teh serbuk kunyit
2 helai daun kunyit - saiz sederhana - dihiris halus
300ml santan pekat - dibancuh dengan air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara :
  1. Potong daging nipis2 atau mengikut citarasa sendiri. Bersihkan dan masukkan ke dalam kuali.
  2. Masukkan sekali hirisan bawang merah dan serbuk kunyit ke dalam kuali.
  3. Kisar bahan2 bertanda (**) hingga hancur bersama sedikit air @ gunakan santan yang telah dibancuh tadi. Tuangkan ke dalam kuali berisi daging tadi.
  4. Kemudian kisar pula kelapa parut sedikit. Jangan sampai hancur pulak. Tuangkan ke dalam kuali.
  5. Masukkan garam dan perasa dan kacau hingga sebati.
  6. Masak sehingga ayam empuk dan kering kuahnya. Jika perlu, tambah air supaya ayam cukup masak.
  7. Setelah kuahnya kering, masukkan hirisan daun kunyit.
  8. Masak lagi hingga kuahnya betul2 kering.

Tuesday, December 16, 2008

Double Layered Egg Pudding

Bahan-bahan :
Lapisan Bawah :
300 ml susu perisa cokelat
2 camca besar gula halus
2 biji telur saiz B

Lapisan Atas :
300 ml susu segar
2 camca besar gula halus
2 biji telur saiz B
Sedikit esen vanilla

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan dan balut penutupnya dengan kain.
  2. Lapisan Bawah : Campurkan semua bahan dan pukul hingga sebati. Tuangkan ke dalam acuan yang disukai dan kukus hingga masak.
  3. Lapisan Atas : Campurkan semua bahan dan pukul hingga sebati. Cakarkan sedikit permukaan bahagian bawah dengan garpu dan tuangkan adunan lapisan atas. Kukus lagi hingga lapisan atas masak.
  4. Sejukkan dalam petiais sebelum dimakan.

Monday, December 15, 2008

Talam Labu Manis

Bahan-bahan :

Lapisan Bawah :
250 gm labu manis - direbus dan dilecek @ diparut
1 cawan tepung beras
2 camca besar tepung kastad
½ cawan gula halus
1 cawan santan pekat (200 ml)
1 cawan air (200 ml)
1 cawan susu cair (200 ml)
1 biji telur
Secubit garam

Lapisan Atas :
1 cawan tepung beras
1 biji telur
1 cawan santan pekat (200 ml)
1 cawan air (200 ml)
1 cawan susu cair (200 ml)
1 camca teh garam
1 canca teh pandan emulco
Sedikit pewarna hijau - jika perlu

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan dan sapu sedikit minyak pada loyang saiz 9" ataupun alaskan dengan cling wrap.
  2. Lapisan Bawah : Campurkan semua bahan, kecuali labu, dan kacau hingga sebati. Tapiskan adunan.
  3. Masukkan labu dan kacau lagi hingga rata.
  4. Masak adunan di atas api sederhana hingga naik wap.
  5. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
  6. Lapisan Atas : Campurkan semua bahan dan kacau rata. Tapiskan adunan.
  7. Bila lapisan bawah sudah masak, cakarkan sedikit dengan garfu dan tuang adunan lapisan atas ke atasnya.
  8. Kukus lagi hingga masak.
  9. Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong untuk hidangan.
Nota :
Kombinasi santan, air dan susu cair boleh ditukar kepada santan sahaja ataupun susu cair sahaja. Ikut citarasa sendiri.

Sunday, December 14, 2008

Kari Daging Susu


Bahan-bahan :
500 gm daging – dihiris nipis2
2 biji kentang – dipotong dadu anggaran 1cm
2 camca besar serbuk kari daging – dibancuh dengan sedikit air
200 ml susu segar
100 ml santan pekat + 200 ml air
Garam dan perasa secukupnya

Bahan tumis :
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun kari
2 biji bawang merah – dihiris halus
2 biji bawang putih – dihiris halus
1” halia – dimayang halus
Cara-cara :
  1. Rebus daging hingga empuk. Bila daging telah empuk, masukkan kentang dan rebus lagi hingga kentang lembut.
  2. Dalam periuk @ kuali yang lain, panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumiskan bahan2 tumis hingga kekuningan.
  3. Masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga naik bau. Masukkan sedikit bancuhan santan dan kacau rata.
  4. Tuangkan adunan tumisan ke dalam periuk yang berisi daging dan kacau rata.
  5. Masukkan susu segar dan lebihan santan dan masak hingga mendidih. Tambah air jika perlu.
  6. Masukkan garam dan perasa secukupnya.
  7. Siap untuk dihidangkan bersama roti Roti Jala Pandan...!

Roti Jala Pandan


Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 cawan air
1 biji telur
1 camca teh garam
1 cawan jus pandan - 5 helai daun pandan dikisar dengan 1 cawan air
Sedikit pewarna hijau (jika perlu)

Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau hingga rata. Tapiskan adunan untuk menghilangkan gentel2 (kalau ada).
  2. Panaskan kuali leper dan lenser dengan sedikit minyak menggunakan sehelai daun pandan yang telah dilipat 4 dan dicarik2kan di bahagian hujungnya.
  3. Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam acuan roti jala. Dan mulakan proses menjala bermula dari bahagian tengah kuali dan membesar hingga ke bahagian tepi kuali.
  4. Bila roti jala dah agak kering, sapukan dengan sedikit minyak lagi. Biarkan hingga bahagian bawah sedikit kekuningan.
  5. Angkat dan gulungkan mengikut citarasa sendiri.

Sedap dimakan bersama Kari Daging Susu....

Saturday, December 13, 2008

Simple Frankfurter Sandwich

Bahan-bahan (untuk sebiji sandwich) :
1 buku frankfurter roll
1 biji telur
1 batang sosej - plain, blackpepper @ cheese
1 helai daun salad sederhana lebar
4 hirisan timun
2 camca besar mayonis
1 camca besar sos cili
Sedikit pepper - black or white

Cara-cara :
  1. Goreng sosej hingga masak. Ketepikan.
  2. Pecahkan telur. Masukkan sedikit pepper dan pukul sedikit.
  3. Tuang atas pan yang telah dipanaskan dan disapu dengan sedikit marjerin @ minyak. Golekkan sedikat pan supaya jadi bulatan yang besar sedikit.
  4. Masak hingga bahagian bawah hampir masak. Tak perlu diterbalikkan. Tapi pastikan bahagian atasnya masih ada yang basah. Letakkan roti yang telah dibelah dua (tak putus).
  5. Biarkan telur masak barulah diterbalikkan. Masa ini, roti yang akan terletak atas pan. Biarkan dalam 1 - 2 minit. Angkat dan letakkan atas piring dengan bahagian telur mengadap ke atas.
  6. Masukkan mayonis dan sos cili ke dalam mangkuk dan kacau rata.
  7. Letakkan salad, aturkan hirisan timun, letakkan sosej dan curah adunan mayonis dan sos cili ke atasnya. Siap!!!

Bingka Labu Manis

Bahan-bahan :
2 cawan labu manis yang telah direbus dan dilecek
2 cawan tepung gandum
2 camca besar tepung kastad
1 cawan gula halus
5 biji telur
2 cawan air
1 ½ cawan santan pekat
1 camca kecil garam
1 camca teh esen vanilla

Cara-cara :
  1. Panaskan oven. Griskan loyang dengan marjerin.
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali labu yang telah dilecek ke dalam mangkuk besar. Kacau dan sebatikan hingga rata. Tapiskan.
  3. Campurkan labu ke dalam adunan dan kacau rata.
  4. Panaskan loyang di dalam oven sekejap - dalam 1 minit.
  5. Keluarkan loyang dan tuang adunan ke dalam loyang perlahan2.
  6. Bakar di dalam oven selama 45 minit.
  7. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan daripada loyang untuk dipotong.


Daging Lada Hitam

Bahan-bahan :
500 gm daging - diris nipis2
1 camca besar serbuk lada hitam yang dikisar kasar2
2 camca besar kicap
1 camca besar sos tiram

4 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia – dimayang

2 camca besar tepung jagung
200 ml air

Hiasan :
1 labu bawang besar
Daun sup & daun bawang – dipotong anggaran 1”
2 biji cili merah – dipotong serong
1 biji tomato – dibelah 6 (jika suka)

Cara-cara :
  1. Gaulkan lada hitam, kicap, sos tiram dan daging dan perap 10 – 20 minit. Ketepikan.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
  3. Masukkan daging yang telah diperap dan masak hingga daging empuk. Tambah air jika perlu.
  4. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh bersama air. Masak hingga kuah pekat.
  5. Masukkan bahan2 hiasan dan kacau sekejap, dalam 2 – 3 minit aje.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Sedap dimakan dengan nasi panas...


Tuesday, December 9, 2008

Rendang Pedas Daging @ Ayam

Gambar yang sama dengan Pulut Kuning Kukus tapi resepi untuk Rendang Pedas Daging. Resepi rendang pedas ni yang emak selalu buat setiap kali buat rendang daging @ ayam.

Bahan-bahan :
1 kg daging @ ayam
15 - 20 biji cili kering - direndam dengan air panas selama 20 minit
5 batang serai - dihiris (**)
2 inci halia - dihiris (**)
2 inci lengkuas - dihiris (optional, tak ada pun tak apa) (**)
1 cawan kelapa parut - saya guna cawan saiz 200ml
10 biji bawang merah - dihiris
1 camca teh serbuk kunyit
2 helai daun kunyit - saiz sederhana - dihiris halus
2 helai daun limau purut - dihiris halus (tak ada pun tak apa)
300ml santan pekat - dibancuh dengan air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya.

Cara-cara :
  1. Potong daging nipis2 atau mengikut citarasa sendiri. Bersihkan dan masukkan ke dalam kuali.
  2. Masukkan sekali hirisan bawang merah dan serbuk kunyit ke dalam kuali.
  3. Kisar bahan2 bertanda (**) hingga hancur bersama sedikit air @ gunakan santan yang telah dibancuh tadi. Tuangkan ke dalam kuali berisi daging tadi.
  4. Kemudian kisar pula kelapa parut sedikit. Jangan sampai hancur pulak. Tuangkan ke dalam kuali.
  5. Masukkan garam dan perasa dan kacau hingga sebati.
  6. Masak sehingga daging empuk dan kering kuahnya. Jika perlu, tambah air supaya daging cukup empuk.
  7. Setelah kuahnya kering, masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut.
  8. Masak lagi hingga kuahnya betul2 kering.

Pulut Kuning Kukus

Pulut kuning kukus dan rendang daging ni saya masak untuk Hari Raya Aidil Adha semalam. Senang je nak membuatnya. Saya masak 2kg pulut kuning dan 2.5kg rendang daging.

Bahan-bahannya :
500 gm beras pulut
1 camca kecil serbuk kunyit
Sedikit pewarna kuning

500 ml santan - 200 ml santan pekat dicampur dengan 300ml air
1 camca kecil garam

Cara-cara :
  1. Rendam beras pulut bersama serbuk kunyit dan pewarna kuning selama 2 ~ 3 jam. Toskan.
  2. Panaskan kukusan.
  3. Masukkan beras pulut ke dalam loyang pengukus.
  4. Campurkan garam ke dalam santan dan kacau rata.
  5. Tuangkan santan ke dalam loyang yang berisi pulut. Ratakan.
  6. Kukus selama 30 - 40 minit. Siap.


Nota :
Kalau tak nak pulut kuning, tak perlu masukkan serbuk kunyit dan pewarna semasa merendam pulut. Hasilnya seperti di bawah tapi bersama rendang ayam...

Selamat mencuba!!!