Thursday, November 13, 2008

Tauhu Telur Kukus

Tauhu telur ni lembut je. Macam tauhu lembut tu.... Nak membuatnya pun senang bebeno, main campak2 jer. Bahan2nya pun amat mudah. Resepi ni diceduk dari umi_e @ myresipi tapi diolah sikit ikut selera sendiri....

Bahan-bahan :
2 biji telur
1 cawan air
½ camb minyak bijan
Secubit garam
Serbuk lada hitam secukupnya
Hirisan daun bawang dan daun sup

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Bungkus penutup dengan kain.
  2. Pukul telur di dalam mangkuk tahan panas yang akan digunakan untuk mengukus.
  3. Masukkan air, minyak bijan, garam dan lada hitam. Kacau.
  4. Kukus hingga masak.
  5. Hias dengan daun bawang & daun sup sebelum menghidang.
Kalau penutup kukus tak dibungkus dengan kain, boleh juga ditutup mangkuk dengan plastik glaze untuk mengelakkan air kukusan dari jatuh ke atas telur. Dan kalau tak nak guna minyak bijan, gantikan dengan minyak masak aje pun boleh.

Wednesday, November 12, 2008

Jemput-jemput Berangan Comel

Jemput-jemput pisang yang mudah. Selain daripada di"jemput" (menggoreng), boleh jugak di"kek"kan (membakar) ataupun di"apam"kan (mengukus). So, we we can say "3-in-1" lah!

Bahan-bahan :
3 biji pisang berangan yang masak ranum
4 camb gula
5 camb susu segar
1 biji telur
1 camt soda bikarbonat
2 cawan tepung gandum
Minyak masak secukupnya- untuk menggoreng

Cara-cara :
  1. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat ke dalam bekas dan gaul rata. Ketepikan.
  2. Kisar @ blender pisang bersama telur, gula dan susu segar hingga semuanya sebati.
  3. Campurkan bahan2 yang telah dikisar ke dalam campuran tepung dan gaul hingga sebati.
  4. Panaskan minyak untuk menggoreng.
  5. Dengan menggunakan hujung sudu makan, jemputkan adunan comel2 (sebesar satu ruas hujung jari telujuk) ke dalam kuali dan goreng hingga kekuningan.
  6. Angkat dan siap untuk dimakan.

Dah namanya jemput2 comel, kenalah buat comel2, kan? Kalau tak comel2, namanya tak boleh le dipanggil "comel" lagi... Comel, comel, cute, cute...hehehe.... Sekali ngap aje dah hilang dari pandangan!


Cute Marble Blossom


Cute Marble Blossom.....apam mekar marble comel! Satu lagi variasi apam. Resepi yang diolah dari resepi izatti @ myresipi. Rasanya berbeza dengan Apam Mekar yang saya buat sebelum ini. Cubalah...!


Bahan-bahan (200 biji papercup kecil-kecil) :
1 ½ cawan gula halus
2 ½ cawan tepung gandum
3 biji telur Gred A – asingkan putih dan kuning telur
1 camt baking powder
1 camt esen vanilla
1 camb ovalette
1 camt pandan emulco (**)
½ cawan santan pekat (**)
¾ cawan susu segar (**)
Sedikit pewarna hijau (**)
Sedikit pewarna merah
Papercup kecil-kecil (200 keping)
Acuan lompang secukupnya

Cara-cara :

  1. Satukan bahan-bahan bertanda (**) - pandan emulco, pewarna hijau, santan pekat dan susu segar. Ketepikan.
  2. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi.
  3. Masukkan gula halus dan esen vanilla. Pukul hingga gula hancur dan keputihan.
  4. Masukkan pula ovalette dan baking powder. Pukul hingga adunan menjadi putih dan gebu.
  5. Masukkan tepung berselang-seli dengan campuran santan dan susu segar. Kacau hingga adunan sebati.
  6. Panaskan kukusan. Balut penutup kukus dengan kain supaya air kukusan tidak jatuh ke atas kuih. Susun acuan lompang di dalam dulang dan masukkan papercup. Ketepikan.
  7. Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam piping bag ataupun ke dalam plastic yang digunting sedikit bucunya.
  8. Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau supaya jadi macam marble. Jangan kacau lama-lama, takut warna asal hijau akan bertukar merah sepenuhnya.
  9. Picitkan ke dalam acuan papercup tadi dan kukus dengan api besar selama lebih kurang 5 hingga 8 minit.
  10. Siap!!!

Nota :

  1. Pastikan api besar semasa mengukus kerana kalau api kecil, kuih ini tidak akan merekah di atasnya. Saya dah terkena satu kukusan.
  2. Boleh juga digunakan kombinasi warna yang lain, ikut selera masing2.
  3. Campuran santan dan susu segar : boleh guna santan sahaja, ataupun susu segar sahaja, ataupun susu cair sahaja (tanpa dicampurkan). Tapi rasanya lain le sikit...

Tuesday, November 11, 2008

Express Muffin

Muffin yang paling senang dan mudah untuk membuatnya. Tak muak memakannya dan jadi favourite anak2.

Bahan-bahan :
1 cawan self raising flour @ 1 cawan tepung gandum + 1 sudu teh baking powder
1/3 cawan gula halus
2 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
½ cawan whipping cream

Cara-cara :
  1. Ayak tepung naik sendiri @ tepung gandum + baking powder. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula dan esen vanilla. Kacau hingga sebati menggunakan wisk.
  3. Kemudian masukkan whipping cream dan terus mengacau hingga semua sebati dan larut.
  4. Masukkan pula tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan gaul hingga rata dan tepung tidak berketul.
  5. Sudukan ke dalam acuan muffin ¾ penuh. Buat hingga habis.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga masak. Sejukkan sebelum dihidang.
Kalau malas nak dimuffinkan, dikekkan saja pun boleh. Tapi namanya kena tukarlah sikit jadi Express Muffin Cake.... Macam dalam gambar kat bawan ni :

Friday, November 7, 2008

Marble Coffee Cake

Kek yang amat lembut dan gebu. Anak2 tak abis2 memuji sebab sedap, lembut dan gebu. Tak macam kek2 yang pernah saya buat sebelum ini. Cubalah!!

Bahan-bahan :
250 gm tepung naik sendiri
180 gm gula kastor
4 biji telur Gred A
1 camb ovalette
1 camt baking powder
3 camb susu pekat
5 camb susu cair
½ buku mentega - dicairkan
1 camb coffee emulco
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara :
  1. Masukkan kesemua bahan kecuali mentega, pewarna dan emulco dan pukul hingga putih dan pekat.
  2. Masukkan mentega cair dan kacau adunan hingga sebati.
  3. Asingkan separuh adunan dan campurkan dengan emulco.
  4. Separuh lagi adunan dicampurkan dengan pewarna kuning dan kacau rata.
  5. Tuang adunan kuning ke dalam loyang. Tuangkan adunan emulco dan corakkan atas adunan kuning mengikut corak tersendiri.
  6. Pastikan adunan hanya separuh loyang kerana kek ini akan naik double.
  7. Bakar pada suhu 180 selama 40 minit atau sehingga masak.