Wednesday, October 29, 2008

Rendang Tok Bonda

Rendang Tok resepi dari ibu tersayang. First time buat dulu masa nak pergi Cuti-Cuti Malaysia ke Mersing dengan kawan2 sekerja hubby. Ajak emak dan adik pergi sekali. Mak kata "pass with flying colours".... Sukanya!!!! Sekarang kalau ada apa2 function, rendang ini menjadi salah satu menu pilihan. Walaupun nak menyediakannya remeh, sebab mengambil masa yang memang lama, tapi sedap!!!!

Kalau saya masak untuk 4kg daging, dari mula menenggekkan periuk ke atas dapur hingga nak tunggu kering kuahnya, memakan masa 5 jam. Itupun baru kering2 gitu je. Then esok paginya sambung lagi hingga betul2 kering (dalam lebih kurang 2 - 3 jam lagi), then baru le dapat warnanya yang kehitam2an.


Bahan-bahan :
1 kg daging – dipotong dadu anggaran 1” x 1”
2 paket rempah kari daging Baba’s
4 kuntum bunga lawang
3 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
1” belacan (**)
6 batang serai (**)
3” lengkuas muda (**)
3” halia (**)
10 ulas bawang merah – dihiris halus
Kerisik – dari ½ biji kelapa
Santan – dari 2 biji kelapa
2 helai daun kunyit – dihiris halus
1 buku gula Melaka – saiz kecil – dipotong kecil2

Cara-cara :
  1. Kisar bahan2 bertanda (**).
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali dan masak dengan api yang sederhana hingga kering kuahnya.
  3. Perasakan masin dan manisnya. Kacau hingga betul2 kering dan warnanya kehitam2an.

Nota :

  1. Bila kuah dah kering, pastikan sentiasa dikacau untuk mengelakkan dari hangus di bahagian dasar kuali @ periuk.
  2. Kalau nak banyak serbuknya setelah kering, lebihkan kerisik.
  3. Pastikan kuahnya (santan) melepasi paras daging untuk memastikan daging betul2 boleh empuk dan tak liat.

Udang Pepper


Bahan-bahan :
500gm udang - gaul dengan sedikit garam dan pepper (black @ white)
3 ulas bawang putih - ditumbuk
3 biji cili merah - ditumbuk kasar2
3 sudu teh jus limau kasturi
Sedikit daun sup/bawang - untuk hiasan
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan udang, cili merah yang telah ditumbuk dan jus limau. Masak hingga udang jadi kemerah-merahan.
  3. Matikan api. Masukkan daun sup/bawang dan kacau rata.
  4. Siap untuk dihidang...


Monday, October 27, 2008

Buttered Prawn

Resepi asal dari junjus11 @ myresepi.com. Dah diolah sedikit mengikut citarasa sendiri.

Bahan-bahan :
500gm udang sederhana besar-buang kepala dan belah belakangnya
5 sudu besar butter
3 biji telur kuning + 1 telur putih - dipukul sedikit
3 tangkai daun kari
¼ cawan susu cair
2 ulas bawang putih - dicincang
Pepper, gula dan garam secukupnya

Cara-cara :
  1. Panaskan 2 sudu besar butter dan goreng udang separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tambah butter selebihnya. Masukkan bawang putih dan kacau dengan api sederhana.
  3. Masukkan telur, kacau selalu dengan menggunakan hujung garfu untuk mendapatkan tekstur telur yg halus.
  4. Masukkan juga daun kari, susu cair dan perasa2 sambil dikacau selalu.
  5. Masukkan udang dan kacau lagi hingga garing.
  6. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih yang panas2...

Resepi asal ada menggunakan cili padi tapi saya tak gunakan sebab anak2 tak tahan pedas2.




Thursday, October 23, 2008

Bingka Roti Cinnamon

Diolah dari resepi azareena @ myresipi.com. Saya buat masa nak gotong-royong menganyam ketupat Majlis Marhaban yang lepas. Sedap. First time buat bingka roti, memang tak mengecewakan.

Bahan-bahan :
1 cawan gula
1 cawan air panas

6 keping roti putih @ wholemeal
1 cawan tepung gandum
4 biji telur
4 cawan susu segar
1 ½ sudu kecil serbuk cinnamon / kayu manis
½ sudu kecil garam
3 sudu besar marjerin

Cara-cara :
  1. Masak gula menggunakan api perlahan sehingga cair & menjadi perang. Masukkan air panas & kacau sehingga gula larut. Sejukkan.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain (kecuali marjerin) ke dalam blender & kisar hingga sebati dan rotinya hancur.
  3. Campurkan air gula tadi dan kisar lagi (sekejap saja).
  4. Tuangkan adunan ke dalam periuk dan masak sebentar menggunakan api sederhana sehingga agak pekat dan mendidih sedikit.
  5. Masukkan pula marjerin dan kacau hingga marjerin cair. Padamkan api.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar dalam ketuhar 180C selama 40 minit.
Nota :
Saiz cawan ialah cawan kopi yang berkapasiti 200ml.

Ayam Goreng Rangup

Memang rangup dan sedap. Lagi variasi ayam goreng..... Kali ini oleh alia @ MyResipi.com.

Bahan-bahan :
2 keping isi dada ayam (saya gunakan drumsticks)
Garam dan serbuk lada putih secukupnya
Tepung gandum secukupnya
Sedikit tepung beras
Minyak untuk menggoreng

Bahan Perap :
2 sudu besar sos tiram
1 ulas bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar

Cara-cara :
  1. Bersihkan ayam. Potong kecik-kecik atau ikut suka anda.
  2. Gaul ayam dengan garam dan serbuk lada sulah.
  3. Perap dengan bahan perap. Masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit.
  4. Keluarkan dari peti ais. Salutkan dengan tepung gandum yang telah dicampurkan dengan tepung beras.
  5. Goreng dalam minyak panas dengan api sederhana sehingga perang.

Ayam Bakar Mayonis


Resepi yang amat simple dan senang untuk disediakan. Sekali-sekala kita tukar selera dan pelbagaikan resepi simpanan.... Terima kasih vdia @ MyResipi.com unutk resepi ini....

Bahan-bahan :
8 ketul drumstick
1 sudu besar mayonis
1 kiub ayam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
Lada hitam secukupnya - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
½ cm halia - tumbuk

Cara-cara :
  1. Perap semua bahan selama 1/2 jam. Lagi lama diperap, lagi sedap.
  2. Bakar hingga masak. Siap!!!!

Wednesday, October 22, 2008

Puding Permata

Seindah namanya, sesedap rasanya...!!! Rugi kalau tak mencuba...

** Bahan untuk agar-agar :
300ml air
200ml susu cair @ susu segar
125gm gula pasir
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar serbuk agar-agar

** Bahan untuk kastad :
500ml air
400ml susu cair / susu segar
250gm gula pasir
10gm serbuk agar-agar
1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air

Cara-cara :
** Untuk agar-agar :
  1. Masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih.
  2. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
  3. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
  4. Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.
** Untuk kastad :
  1. Masak air, susu dan gula hingga mendidih.
  2. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.
  4. Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras sebelum dipotong dan dihidangkan.

Lopes Sagu

Kuih ni sebenarnya turun dari emak jugak. Masa sekolah dulu, emak suka buat kuih ni untuk sarapan. Senang dan sedap. Then sekarang ni banyak versi lopes sagu boleh didapati. Mungkin caranya sama, tapi kuantiti bahannya ada sedikit berbeza. Dan namanya pun ada bermacam2... Seperti Sagu Kelapa (syahmi @ MyResipi), NONA ROSE @ Sagu (mama_myvi @ MyResipi).




Bahan-bahan :
1 cawan sagu halus – direndam hingga agak kembang dan toskan
¾ cawan gula pasir
1 helai daun pandan
2 cawan air
Sedikit pewarna ros / merah
Kelapa parut secukupnya – digaul dengan garam

Cara-cara :

  1. Masak air, gula pasir dan daun pandan hingga mendidih dan gula larut sepenuhnya.
  2. Keluarkan daun pandan. Masukkan pewarna dan kacau.
  3. Masukkan sagu dan kacau hingga sagu menjadi jernih. Pastikan api tidak terlalu besar.
  4. Setelah sagu menjadi jernih, angkat dan tuangkan ke dalam loyang besar ataupun acuan2 kecil. Sejukkan.
  5. Keluarkan dari acuan2 kecil ataupun sudukan kecil2 dari loyang besar dan golek2kan di atas kelapa parut.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Instead of warna merah, boleh jugak kalau nak guna pewarna lain. Ikut citarasa masing2.



Wednesday, October 15, 2008

Cornflakes Madu

Resepi asal dari umi_e@myresipi (cornflake madu warna warni). Saya buat double sebab anak2 memang suka cornflakes madu ni.

Bahan-bahan :
500 gm cornflakes
250 gm mentega
1 cawan gula perang (brown sugar)
10 sudu makan madu
Manik warna-warni (colour balls) secukupnya - untuk hiasan
Paper cup kecil secukupnya

Cara-cara :
  1. Masukkan mentega dan gula ke dalam periuk yang agak besar dan masak di atas api yang kecil hingga gula dan mentega cair.
  2. Masukkan cornflakes dan madu dan kacau hingga rata. Matikan api dan alihkan periuk.
  3. Susun paper cup di atas loyang pembakar dan sudukan adunan. Tabur color balls secukupnya.
  4. Bakar selama lebih kurang 10 minit. Sejukkan.


Dengan adunan ini saya boleh dapat 4 telap yang sedang2. Anak2 aje dah 2 telap. Untuk raya tinggal le 1 telap aje sebab 1 lagi bawak balik kampung. Yang dijamu untuk tetamu pun anak2 tumpang sekaki lagi....

Biskut Almond London

Lagi koleksi biskut raya tahun ni. First time buat Almond London. Alhamdullillah menjadi walaupun terpaksa menghadapi banyak dugaan. Untuk salut cokelat, mula2 saya gunakan jenama Van Houten. Ingatkan semua jenama boleh guna. Ya lah...tak pernah buat sebelum ni! Jenama VH tak boleh nak cair pulak. Then called biras yang memang tiap tahun buat biskut ni. Rupa2nya kena guna jenama Tulip katanya. Saya pun called hubby yang sedang bekerja, pesan ngan dia belikan cokelat masakan jenama Tulip on the way balik kerja nanti. Nasib baik hubby gi cari dan beli. Selamat...!!!

Resepi asal dari blog Hanieliza tapi dah adjust sikit ikut pengalaman semasa membuatnya.

Bahan-bahan :
250 gm mentega - pada suhu bilik
1 cawan gula kastor
1 biji telur Gred A
½ sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum (**)
½ cawan tepung jagung (**)
½ cawan tepung naik sendiri (**)
1 sudu kecil emplex (**)

Hiasan :
Badam berkulit yang sudah dibakar
Coklat masakan Tulip secukupnya
1 sudu marjerin
Badam cincang secukupnya - digoreng tanpa minyak hingga kuning keemasan
Paper cup kecil secukupnya

Cara-cara :
  1. Ayak bersama semua bahan bertanda (**).
  2. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul hingga sebati.
  4. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
  5. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
  6. Bubuh badam di tengah2 dan buatkan bentuk bujur. Untuk dapatkan almond london yang comel2, pastikan bentuk bujur ni sepanjang dan sebesar satu ruas jari kelingking aje sebab ia akan naik sikit selepas dibakar.
  7. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak. Ketepikan hingga betul2 sejuk.
  8. Cairkan cokelat masakan dengan menggunakan kaedah double boiler dan masukkan marjerin apabila cokelat telah cair.
  9. Celupkan sebiji biskut yang telah disejukkan ke dalam coklat cair dan masukkan ke dalam paper cup.
  10. Tabur sedikit badam cincang dan susun rapat2 di dalam bekas.
  11. Pastikan cokelat betul2 beku sebelum disimpan.

Kek Butter Marble

Resepi yang masih tetap dalam simpanan sejak dari anak dara sunti lagi. Turun dari emak tersayang jugak....

Bahan-bahan :
1 cawan butter
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
4 biji telur Gred A
2 sudu besar serbuk koko - dibancuh dengan 3 sudu besar air suam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara :
  1. Ayak tepung bersama dengan baking powder.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan esen vanilla sambil dipukul lagi.
  5. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau hingga sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahangian.
  7. 1 bahagian dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan diadun hingga sebati.
  8. 1 bahagian lagi diletakkan sedikit pewarna kuning dan diadun hingga sebati.
  9. Lenserkan loyang dengan sedikit marjerin dan tabur sedikit tepung. Ratakan tepung dan ketuk keluar lebihannya.
  10. Masukkan adunan berselang-seli antara warna koko dan warna kuning. Setelah habis, dengan menggunakan tangkai sudu, buat 2 @ 3 pusingan pada adunan tersebut.
  11. Hentakkan 2 @ 3 kali sebelum dibakar didalam oven bersuhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak.

Nota :

  1. Serbuk koko boleh diganti dengan cokelat @ pandan @ strawberry emulco @ apa2 perasa dan pewarna lain.
  2. Butter juga boleh diganti dengan marjerin.

Biskut Kelapa Delima

Satu lagi biskut raya untuk tahun ini. Resepi daripada CMG @ myresipi.com. Thanks CMG unutk biskut yang sedap ni. Tapi saya dah adjust sikit...sikit je!!

Bahan-bahan :
220 gm tepung jagung (**)
150 gm tepung gandum (**)
½ camca teh baking powder (**)
120 gm gula aising
70 g kelapa kering, dikisar halus
20 g serbuk badam
1 biji telur gred A
½ camca teh esen vanilla
150 g mentega

Untuk hiasan :
Ceri merah - didadu kecil
Kelapa kering
Kuning telur - untuk sapuan

Cara-cara :
  1. Satukan bahan2 bertanda (**) dan diayak.
  2. Satukan kelapa kering yang dikisar dan serbuk badam bersama2 tepung tadi. Ketepikan.
  3. Pukul telur, gula aising dan esen vanilla hingga berkrim.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul perlahan. Pada peringkat ini adunan akan berupa seakan2 serbuk roti.
  5. Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan tadi menjadi doh yang lembut.
  6. Bulat2kan doh dan tutup dengan tuala lembap.
  7. Canai doh setebal ½ cm, terap dengan acuan kegemaran dan susun dalam dulang pembakar.
  8. Sapu kuning telur, letak satu potongan kecil ceri dan tabur dengan kelapa kering. Buat hingga habis.
  9. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit.
  10. Sejukkan biskut atas jaringan hingga betul2 sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Arab

Satu lagi biskut orang dulu-dulu. Resepi dari emak tersayang jugak...

Bahan-bahan :
1kg tepung gandum
½ cawan gula halus (gula aising)
Minyak sapi secukupnya

Kacang tanah secukupnya - digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya
Gula halus (gula aising) secukupnya – untuk menyalut biskut

Cara-cara :
  1. Masukkan tepung gandum dan gula halus ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
  2. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Ambil sedikit adunan dan bulat2kan sebesar ibu jari. Leperkan sedikit di bahagian tengah dan letakkan kacang sebagai inti (2@ 3 biji kacang).
  4. Bulat2kan semula hingga menjadi bentuk bulat yang cantik.
  5. Letakkan di atas loyang pembakar dan bakar dalam ketuhar selama 5 minit @ hingga dasarnya kekuning2an.
  6. Keluarkan dari ketuhar, biarkan sekejap sebelum digolek2kan dengan gula halus. Siap!!

Nota :
Untuk nampak cantik, setelah digolekkan di atas gula halus, letakkan di atas paper cup.

Thursday, October 9, 2008

Biskut Jering


Biskut orang dulu-dulu. Resepi dapat dari emak tersayang...

Bahan-bahan :
1 ½ cawan marjerin
1 ½ cawan gula – dikisar halus
3 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 paket tepung jagung
1 camt esen vanilla
2 camb serbuk koko

Cara-cara :
  1. Putar marjerin dan gula hingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan telur satu-per-satu dan esen vanilla sambil dipukul hingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko dan diuli hingga sebati, satu bahagian dibiarkan warna asal.
  5. Ambil sedikit adunan koko. Bentukkan menjadi sebesar ibu jari dan sejengkal panjangnya. Buat bentuk yang sama untuk adunan warna asal.
  6. Letak adunan koko bersebelahan dengan adunan asal (macam orang terbaring gitu...). Picit2kan sikit supaya kedua2nya rapat. Boleh juga dipintalkan untuk mendapatkan kombinasi warna yang cantik.
  7. Masukkan ke dalam acuan, mampatkan dan tekan hingga adunan terkeluar di hujung setebal kira2 3~4mm dan potong menggunakan benang untuk mendapatkan tekstur permukaan yang agak halus.
  8. Letakkan di atas Loyang pembakar dan bakar selama 5 min atau hingga dasarnya nampak kekuning2an.