Saturday, September 20, 2008

Kek Marie Koko

Resepi ni saya dapat dari biras, Siti Suhaila. Dulu, masa sama2 balik rumah mertua, dia bawak balik kek ini. Sedap rasanya dan saya pun mintaklah resepinya kat dia. Kat pasaran dan kat blog2 lain pun banyak resepi untuk kek ini tapi sukatannya semuanya berbeza. Yang ini sukatannya senang sebab pakai cawan je...

Terima kasih Siti!!! Sekarang ni Ayong dah boleh buat sendiri kek ini.

Bahan-bahan :
500 gm biskut marie
1 buku buttercup (250 gm)
4 biji telur
¾ cawan gula
¾ cawan air
¾ cawan milo
½ cawan serbuk koko
4 camca besar susu pekat manis

Cara-cara :
  1. Pecah2kan biskut marie dan ketepikan.
  2. Pecahkan telur ke dalam periuk yang agak besar dan pukul sedikit.
  3. Masukkan gula, air, milo, koko dan susu pekat manis. Kacau supaya sebati.
  4. Masukkan buttercup dan kacau di atas api yang sederhana sehingga adunan menjadi bergentel2 – macam pecah minyak.
  5. Kacau hingga pekat sedikit dan masukkan biskut marie yang telah dipecah2kan tadi.
  6. Kacau sehingga kesemua adunan koko meliputi biskut marie dan biskut menjadi lembut sedikit.
  7. Kautkan ke dalam loyang atau mana2 acuan dan mampatkan dengan menekan2 adunan dari bahagian atas.
  8. Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam peti sejuk

Tips :

  1. Alaskan dasar loyang dengan plastik supaya senang dikeluarkan untuk dipotong.
  2. Untuk memampatkan, alas dengan plastik di bahagian atas dan mampatkan dengan tapak tangan. Lagi senang!!

Wednesday, September 17, 2008

Sotong Percik Ramadhan





Bahan-bahan :

8 ekor sotong yang besar - bersih dan potong seperti gambar
10 biji cili kering (**)
5 biji cili padi (**)
5 biji cili merah (**)
1 labu bawang besar (**)
2" halia (**)
2" lengkuas (**)
2 batang serai (**)
1 helai daun kunyit - dihiris halus
4 helai daun limau purut - dihiris halus
1 batang serai - dititik
1 sudu besar air asam
Garam dan perasa secukupnya
Cara-cara :
  1. Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudain susun didalam pinggan.
  2. Kisar bahan2 bertanda (**). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam beserta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih.
  4. Tuangkannya ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan. Siap..!!!

Sunday, September 14, 2008

Aiskrim Choco Pisang

Berbuka hari ini, ada pisang dan aiskrim kat depan mata. Then hubby pun meluahkan ideanya melalui pencuci mulut ini.... Mana dia dapat idea ni ya? Katanya pernah nampak kat tv. Apa-apa pun, memang sedap. Lebih kurang macam banana split kat KFC tu tapi yang ini boleh gak dipanggil "banana sepit" kot....! Jom cuba!!!

Bahan-bahan :
2 biji pisang 40 hari
3 ceduk aiskrim strawberi
Sedikit sirap cokelat Hershey's

Cara-cara :
  1. Letakkan 2 biji pisang ke dalam piring atau mangkuk yang sesuai. Jangan terlalu rapat antara satu sama lain. Biarkan ada ruang.
  2. Cedukkan pula aiskrim dan letak diantara 2 biji pisang tersebut. Kalau nak guna lebih dari satu perasa aiskrim pun boleh.
  3. Kemudian, curahkan sedikit sirap cokelat @ lain2 perasa keatasnya. Siap!!

Soya Aiskrim Salju


Lagi idea hubby. Kebetulan ada stok aiskrim yang saya buat sendiri berpandukan resepi dari afizaz93 di MyResipi.

Bahan-bahan (1 gelas) :
300ml air soya
3 skop @ sudu aiskrim strawberi - lain perasa pun boleh
Beberapa ketul ais

Cara-cara :
  1. Tuangkan air soya ke dalam gelas minuman.
  2. Cedukkan aiskrim dan letakkan di bahagian atas minuman.
  3. Masukkan beberapa ketul ais dan kacau sebelum diminum.

Thank to afiza for the icecream recipe.

Soya Choco


Berbuka tadi, saya hidangkan air soya sebagai minuman untuk berbuka puasa. Tapi hubby dapat idea nak mempelbagaikan koleksi minuman....

Bahan-bahan ( 1 gelas ) :
300ml air soya - yg dibuat sendiri atau yg dalam kotak @ tin
Sirap cokelat Hershey's secukupnya

Cara-cara :

  1. Tuangkan sirap cokelat Hershey's ke dalam gelas.
  2. Kemudian tuangkan pula air soya ke atas chocolate syrup tersebut.
  3. Tambahkan beberapa ketul ais sebagai pelengkap.
  4. Kacau rata sebelum diminum.

Mudah aje kan? Kepada sesiapa yang tak suka sirap perasa cokelat, bolehlah ditukar dengan perasa yang digemari....

Wednesday, September 10, 2008

Salad Buah-buahan

Salad ni makan cam gitu aje pun sedap. Request by Suriati. Jangan tak buat tau...!!

Bahan-bahan :
2 biji kentang - rebus dan potong dadu anggaran 1cm (**)
1 biji telur - rebus dan potong dadu anggaran 1cm (**)
1 biji epal hijau - didadu 1cm (**)
1 biji timun Jepun - dihiris macam buat rojak (**)
1/2 pangsa (macam durian pulak...!) limau tambun/bali masam manis - tak ada pun tak apa
1 camca besar mayonis
Sedikit hirisan daun bawang & daun sup

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan bertanda (**) ke dalam mangkuk yang agak besar (supaya senang untuk menggaul).
  2. Masukkan mayonis dan hirisan daun bawang/sup dan digaul rata. Gaul perlahan2 supaya telur dan kentang tidak hancur.
  3. Semasa menghidang, taburkan butir2 limau tambun di atasnya.


Nota :
1. Kalau tak nak guna epal hijau atau apa2 buah yang masam, perahkan sedikit jus limau (limau nipis ke, limau kasturi ke, jus lemon ke) ke atas bahan2 di Langkah 2.
2. Nak tambah buah2 @ sayur2 lain pun boleh jugak...

Monday, September 8, 2008

Apam Gula Melaka


Bahan-bahan :
125 gm gula pasir
125 gm gula Melaka – diparut
150 ml air
250 gm tepung gandum
½ sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh yis / ragi
1 biji telur
100 ml minyak masak

Cara-cara :
  1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
  2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Sejukkan.
  3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
  4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).


Kuih Bidaran

Pernah dengar nama kuih tradisional ini tak? Saya pun baru pertama kali dengar dari emak tersayang masa balik cuti merdeka dan sambut Ramadhan ari tu. Emak masak kuih ni untuk masuk pertandingan memasak sempena sambutan kemerdekaan kat kampung. Dapat 2nd place. Sedap sebab dibuat dari ubikayu.



Bahan-bahan :
½ kg ubi kayu – diparut / dikisar dan ditoskan
½ cawan gula kastor
Kelapa parut secukupnya – digaul dengan sedikit garam
Inti kacang merah secukupnya
Sedikit pewarna mengikut citarasa sendiri

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan.
  2. Gaulkan ubikayu bersama dengan gula hingga sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut bilangan warna yang hendak digunakan.
  4. Titiskan pewarna dan gaulkan hingga warna sekata.
  5. Bulat-bulatkan inti kacang mengikut saiz yang disukai.
  6. Kepal-kepalkan adunan ubikayu tadi mengikut saiz yang disukai (saiz mesti sesuai dengan saiz inti kacang merah tadi).
  7. Leperkan sedikit dan letakkan inti kacang merah ditengah-tengah. Tutup semula inti dengan lebihan adunan tadi (macam buat buah Melaka).
  8. Kepal2kan adunan tersebut untuk memastikan ianya mampat bersama inti.
  9. Golek2kan di atas parutan kelapa dan susun dalam loyang pengukus.
  10. Kukus hingga masak (mengikut saiz adunan).
  11. Siap untuk dihidangkan.

Nota :
Pada sesiapa yang tak suka inti kacang merah, boleh juga diganti dengan inti lain.
Emak saya juga gunakan adunan ubikayu yang berlainan warna sebagai intinya. So, kat luar ubikayu, kat dalampun ubikayu jugak. Lagi sedap...!!!

Friday, September 5, 2008

Mini Sosej and Cheese Roll

Resepi mudah untuk minum petang. Boleh juga dibuat untuk berbuka puasa dalam bulan Ramadhan ni.


Bahan-bahan ( 10 biji mini roll ) :
10 biji mini sosej (saya guna Ayamas mushroom dan black pepper cocktail sosej)
5 keping roti (saya guna roti gardenia wholemeal)
5 keping slice cheese
2 biji telur (dipukul sedikit dengan garfu)

Cara-cara :
  1. Goreng sosej hingga masak dan kuning keemasan. Ketepikan dulu.
  2. Gelekkan roti hingga mampat satu persatu (untuk elakkan dari serap banyak minyak masa menggoreng nanti).
  3. Letak sekeping slice cheese ke atas sekeping roti yang telah digelek tadi. Kemudian dipotong kepada 2 bahagian.
  4. Letakkan sebiji sosej mini yang telah digoreng tadi diatasnya dan gulungkan. Sapukan telur dihujung roti untuk melekatkan roti.
  5. Panaskan minyak untuk menggoreng.
  6. Celup satu persatu ke dalam telur dan goreng hingga kekuningan.

PERINGATAN : Pastikan api sederhana semasa menggoreng kerana cheese akan cair dan akan garing di dalam minyak. Dan selalu balik-balikkan untuk mengelakkan roti dari melekat kat cheese yang dah cair dalam kuali tu.


Sosej mini boleh juga digantikan dengan sosej biasa. Selepas digoreng barulah dipotong dua, baru le nampak lelehan cheese yang mencair tu...


Mee Kari Bonda

Resepi dari emak. Memang sedap dan senang penyediaannya. Walaupun dah pandai buat sendiri tapi tak boleh lawan yang emak buat.


Bahan-bahan ( 6~8 orang ) :

*** Bahan untuk kuah :

4 sudu besar serbuk kari daging – dibancuh dengan sedikit air / santan
1.5 liter air + 1 kotak santan (200ml) - guna santan fresh pun boleh
1 tin sardin kecil – dikisar sedikit, jangan sampai terlalu hancur (**)
500gm ayam – dipotong kecil-kecil (boleh dikurangkan jika terlalu banyak)
4 tangkai daun kari
Bunga cengkih & kayu manis secukupnya
1 labu bawang besar – dikisar (*)
6 ulas bawang merah – dikisar (*)
6 ulas bawang putih – dikisar (*)
200gm isi kerang – lebih banyak lebih sedap pada yang suka kerang
Fish ball & fish cake secukupnya – dihiris mengikut citarasa
4 keping asam keping / asam gelugur
Garam & perasa secukupnya

*** Lain-lain bahan & hiasan :

1 kg mee kuning – dicelur sedikit dengan air panas dan toskan
Taugeh – dicelur
Kacang panjang – dipotong anggaran 1” dan dicelur
Tauhu – digoreng dan dihiris mengikut citarasa
Telur rebus – boleh guna telur ayam @ telur puyuh
Fish cake secukupnya – goreng dan hiris mengikut citarasa
Cili merah – dihiris halus
Daun bawang & daun sup – dihiris halus
Limau kasturi secukupnya - dibelah dua

Cara-cara :

Untuk kuah :
  1. Tumis daun kari, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Masukkan bahan yang bertanda (*) dan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit santan dan juga ikan sardin yang telah dikisar tadi. Biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan ayam, tambah sikit santan jika perlu, dan masak lagi hingga ayam empuk.
  5. Masukkan pula asam keping baki santan tadi dan masak hingga mendidih.
  6. Akhir sekali masukkan kerang, fish ball, fish cake dan juga garam dan perasa.
  7. Biarkan hingga mendidih. Siap kuahnya...

Cara hidangan :

  1. Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk, letakkan taugeh, kacang panjang, tauhu, fish cake dan telur rebus di atasnya.
  2. Tabur cili merah, daun sup/bawang, perah limau kasturi dan tuang kuah. Siap untuk dimakan!

Puteri Ayu

Resepi ni saya dapat dari rakan setaman. Memang sedap, lembut dan gebu. Ini memang kuih kesukaan saya. Dulu, tiap kali pergi bazar Ramadhan, mesti cari kuih ni. Tapi sekarang tak perlu lagi sebab dah "pandai" buat sendiri.



Terima kasih Su untuk resepi ini...

Bahan-bahan ( lebih kurang 40 biji ) :
5 biji telur (saiz kecil)
250gm tepung gandum
300gm gula
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250ml santan
Pewarna hijau
2 camca teh paste pandan (guna daun pandan dikisar pun boleh gak)
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi

Cara-cara :


  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.
Selamat mencuba....!