Thursday, August 28, 2008

Sagu Gula Melaka

Hmmm...pencuci mulut yang ini sedap dimakan sejuk2. Letak sikit ketulan ais...mmmmm... enaknya!!!

Bahan A :
2 cawan sagu biji
5 cawan air

Bahan B :
3 cawan santan
1/2 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan

Bahan C :
1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara Adunan A :
  1. Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan dalam peti sejuk.

Cara-cara Adunan B :

  1. Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  2. Buang daun pandan dan sejukkan.

Cara-cara Adunan C :

  1. Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  2. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.

Cara menghidang :

  1. Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  2. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
  3. Siap untuk dimakan!!!

Sayur Goreng Sotong

Masa gi kat rumah adik di Putrajaya ari tu, adik ipar tu masak sayur ni untuk makan malam. Sedap pulak rasanya dan terus tanya camana nak buat.


Bahan-bahan :
500gm sotong basah
4 ulas bawang putih (*)
4 ulas bawang merah (*)
1 batang lobak merah – dihiris panjang2
10 urat kacang panjang – dipotong dlm 1 ½ inci panjang
10 urat kacang buncis – dipotong macam kacang panjang
1 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara :


  1. Bersihkan sotong dan dihiris bulat2. Gaul dengan serbuk kunyit dan digoreng hingga betul2 kering dan garing.
  2. Keluarkan minyak yang berlebihan dari kuali menggoreng sotong (tak perlu keluarkan sotong dari kuali tersebut) dan masukkan bahan2 yang telah ditumbuk / dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan sayur2an dan tambah sedikit air jika perlu. Kacau hingga sayur layu sedikit. Angkat dan hidangkan.

Kalau nak tambah sayur2 lain pun boleh jugak. Hari tu yang ada kat dalam simpanan cuma kacang panjang, kacang buncis dan lobak merah aje.

Thanks Mas (sil) for sharing this recipe...

Wednesday, August 20, 2008

Bubur Jagung Sagu

Jom kita makan bubur yang senang dan ringkas untuk menyediakannya tapi sedap untuk dinikmati di waktu minum petang bersama keluarga dan teman2.

Bahan-bahan :
2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
4 sudu besar sagu - yang halus @ kasar
Secubit garam
100ml santan pekat (santan kotak @ tin @ fresh santan)
1.5 liter air - dicampur dengan santan pekat
3 sudu besar gula merah - tambah lagi jika nak warnanya lebih perang
5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
*** Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
*** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan

Cara-cara :

  1. Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
  2. Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  4. Masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
  5. Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.
  6. Sesiapa yang tak suka sagu, tak bubuh pun tak apa.
Pada sesiapa yang susah nak dapatkan jagung tomgkol tu, boleh jugak gunakan jagung dalam tin aje... Selamat mencuba!!

Sunday, August 17, 2008

Masak Lemak Ikan Kerisi dan Tauge Kasar

Ini resepi turun-temurun dari emak. Bila masak gulai ni, pastikan kuahnya ngam2 aje, jangan terlalu banyak ataupun melepasi paras ikan. Kuah banyak2 tak sedap...



Bahan-bahan :
3 ekor ikan kerisi bersaiz sederhana - dibersih dan dipotong dua
8 tangkai cili kering - rendam sekejap dengan air panas
2 ulas bawang merah - dihiris
Sedikit belacan
1 batang serai
1 sudu kecil (rata) serbuk kunyit
Garam dan perasa secukupnya
400ml santan pekat (boleh tukar dengan susu segar)
1 keping asam keping / asam gelugur

Cara-cara :
  1. Tumbuk cili kering bersama sedikit garam hingga lumat.
  2. Masukkan bawang merah dan belacan. Tumbuk lagi hingga lumat.
  3. Masukkan pula serai dan tumbuk sedikit serai tersebut.
  4. Masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk bersama santan dan serbuk kunyit. Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga mendidih.
  5. Masukkan ikan dan asam keping. Biarkan mendidih dalam lebih kurang 5 minit. Masukkan serbuk perasa dan garam (jika perlu).
  6. Akhir sekali masukkan tauge kasar. Masak jangan terlalu lama, jangan sampai tauge layu sangat.
  7. Angkat dan hidangkan.

Apam Mekar

Resepi ini saya jumpa kat internet. Kat blog Hanieliza. Saya nampak kuih ni sungguh comel dan menarik, so saya pun mencubanya.

Inilah hasilnya...


Bahan-bahan : ( Boleh dapat dalam 50 biji papercup kecik )
250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaup-balikkan hingga warna sekata.
  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).

Thanks to Hanieliza.

Wednesday, August 13, 2008

Ayam Masak Kicap Bercili

Ini satu lagi resepi yang baru saya belajar masa kenduri sambut Ramadhan ari tu...



Bahan-bahan :
8 ketul ayam
1 labu bawang besar - dikisar (*)
6 ulas bawang putih - dikisar (*)
2 inci halia - dikisar (*)
20 biji cili kering - dikisar berasingan daripada (*)
1/2 cawan kicap manis
4 sudu besar gula
2 sudu besar air asam jawa
Rempah tumis secukupnya - bunga lawang, cengkih, kayu manis, dll
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda (*) bersama dengan rempah tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga terbit minyak.
  3. Masukkan kicap dan gula. Kacau hingga sebati dan mendidih.
  4. Masukkan air asam dan kacau lagi.
  5. Masukkan ayam dan gaul hingga kuah sebati dengan ayam.
  6. Akhir sekali masukkan potongan bawang besar dan kacau hingga bawang layu sedikit.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Selalunya kalau masak kicap, tak pernah bubuh cili kisar. Baru dapat resepi ni masa memasak untuk kenduri sambut Ramadhan kat rumah mertua Ahad lepas. Then semalam (Selasa) anak2 suruh buatkan masakan yang sama. First time cuba, nasib baik menjadi! Cayalah...!!!


Pajeri Nenas Ala Jawa

Masa kenduri menyambut puasa kat rumah ibu mertua hari Ahad lepas, salah satu masakan yang disediakan ialah pajeri ini. Biasanya pajeri gunakan rempah dalam tumisan tapi tidak untuk pajeri yang ini..

Cuba ya! Senang dan sedap. Manis2 gitu...




Bahan-bahan :

1/2 biji nenas - dipotong2 dan direbus hingga lembut dan ditoskan airnya
Rempah tumis secukupnya - bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis
1/2 cawan cili kering yang telah dikisar
1/2 cawan bawang putih yang telah dikisar
1/2 cawan bawang besar yang telah dikisar
1/2 cawan gula merah @ gula melaka
2 sudu besar gula pasir
Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Masukkan sekali rempah tumis - bunga lawang, dll. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan pula cili kering kisar dan tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan gula merah @ gula melaka. Kacau hingga gula hancur dan menjadi pekat.
  4. Masukkan pula gula pasir dan perasa2 lain - garam dan pak aji.
  5. Akhir sekali masukkan nenas dan kacau hingga sebati.
  6. Kacau hingga kuah pekat dan semuanya sebati. Siap...!!!

Senang aje kan! Rasanya pun memang sedap. Makan dengan nasi putih panas2.... fullamak!