Tuesday, July 29, 2008

Masak Lemak Pisang Muda

Hmm...pisang muda! Macam2 boleh dibuat dengan pisang muda ni tapi kena ikut jenis pisang jugak. Ada pisang muda yang sedap dibuat gulai, ada yang sedap dibuat kerepek.

Pisang yang saya gunakan untuk buat gulai lemak ini ialah pisang emas. Pisang ni memang paling sedap dibuat gulai lemak sebab rasanya yang lemak dan manis2 gitu.



Bahan-bahan :

12 biji pisang emas muda
7 biji cili kering
2 ulas bawang merah
Sebatang serai - dititik
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 cawan santan pekat
Sedikit ikan bilis sebagai perencah



Cara-cara :

  1. Siat kulit pisang. Potong serong pisang tersebut. Sebiji pisang boleh dipotong kepada 4 bahagian.
  2. Kulit pisang jangan dibuang. Potong 2 kulit pisang yang disiat. Rendam pisang yang telah dipotong dan kulitnya di dalam air garam.
  3. Sementara itu, tumbuk cili kering bersama sedikit garam hingga lumat.
  4. Kemudian masukkan bawang merah dan tumbuk lagi hingga lumat. Setelah itu, masukkan pula ikan bilis dan ditumbuk sedikit sahaja - untuk pecah2kan saja.
  5. Masukkan sedikit serbuk kunyit. Dan titik serai dalam lesung yang sama.
  6. Masukkan pisang dan kulit yang direndam dalam air garam tadi ke dalam periuk bersama dengan bahan yang telah ditumbuk.
  7. Kemudian masukkan santan pekat bersama sedikit air hingga ke paras pisang.
  8. Renehkan di atas api sederhana sehingga pisang lembut. Tambah perasa (garam @ MSG) jika perlu. Siap untuk dihidangkan...



Wednesday, July 23, 2008

Daging Goreng Cendawan

Masakan yang simple untuk makan tengahari tadi...


Bahan-bahan :
500gm daging
3 ulas bawang putih - dihiris
2 ulas bawang merah - dihiris
2 kuntum bunga lawang
5 tangkai bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
3 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
2 camca besar sos tiram
5 biji cili padi - dibelah dua tapi tak putus
1 labu bawang besar - dipotong bulat
2 pokok daun bawang + daun sup
2 camca besar kicap - manis ataupun pekat
10 biji cendawan butang (dibelah 2) - saya guna yang
dalam tin punya
Garam secukup rasa

Cara-cara :
  1. Hiris daging nipis-nipis ataupun ikut citarasa sendiri.
  2. Tumiskan bawang putih, bawang merah, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
  3. Setelah kekuningan, masukkan daging yang telah dihiris tadi. Masukkan juga sos cili, sos tomato, kicap dan sos tiram.
  4. Masak di atas api sederhana hingga daging lembut. Tambah air jika perlu.
  5. Setelah daging lembut, masukkan bawang besar, cili padi dan cendawan butang tadi dan masak hingga kuahnya menjadi pekat. Tambah air lagi jika perlu.
  6. Hmm...siap untuk dihidangkan.

Gulai Masam Ikan Kembung

Masa masih anak dara sunti dulu, dan duduk sama2 dengan emak kat kampung, rajin menolong emak kat dapur.

Salah satu masakan kegemaran arwah abah saya ialah gulai masam ini. Sekarang ni, anak2 saya pun amat menyukai masakan ini. Tiap kali buat, pasti kuahnya dihirup macam minum sup!!!


Bahan-bahan :
2 ekor ikan kembong bersaiz sedang - dipotong 2
6 tangkai cili kering
2 ulas bawang merah
Belacan - secukup rasa
Sebatang serai - dititk
3 tangkai daun cendehum / kesum
2 keping asam gelugur
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sebiji tomato - dibelah 4

Cara-cara :
  1. Tumbuk cili kering bersama sedikit garam. Setelah lumat, masukkan bawang merah dan belacan. Tumbuk lagi hingga bawang pulak lumat.
  2. Masukkan bahan2 yang ditumbuk tadi ke dalam periuk. Masukkan sekali kesemua bahan2 lain termasuk ikan kembung.
  3. Last sekali, masukkan air hingga paras ikan. Kalau nak kuah banyak, masukkan air lagi.
  4. Tenggek atas api hingga mendidih dan masukkan tomato.
  5. Siap untuk dihidangkan...hmm...terliur pulak. Terasa kemasamannya...