Wednesday, December 17, 2008

Rendang Pedas Ayam Perak

Bahan-bahan :
1 kg ayam - dipotong besar2
15 - 20 biji cili kering - direndam dengan air panas selama 20 minit (**)
5 batang serai - dihiris (**)
2 inci halia - dihiris (**)
1 cawan kelapa parut
10 biji bawang merah - dihiris
1 camca teh serbuk kunyit
2 helai daun kunyit - saiz sederhana - dihiris halus
300ml santan pekat - dibancuh dengan air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara :
  1. Potong daging nipis2 atau mengikut citarasa sendiri. Bersihkan dan masukkan ke dalam kuali.
  2. Masukkan sekali hirisan bawang merah dan serbuk kunyit ke dalam kuali.
  3. Kisar bahan2 bertanda (**) hingga hancur bersama sedikit air @ gunakan santan yang telah dibancuh tadi. Tuangkan ke dalam kuali berisi daging tadi.
  4. Kemudian kisar pula kelapa parut sedikit. Jangan sampai hancur pulak. Tuangkan ke dalam kuali.
  5. Masukkan garam dan perasa dan kacau hingga sebati.
  6. Masak sehingga ayam empuk dan kering kuahnya. Jika perlu, tambah air supaya ayam cukup masak.
  7. Setelah kuahnya kering, masukkan hirisan daun kunyit.
  8. Masak lagi hingga kuahnya betul2 kering.

2 comments:

hana said...

nmpk sedap la rendang niH! ishhh geram geram! hehehe..list la dulu... :D

Azita said...

hana ni kan over rajin memasak. boleh le cuba. nak kan sedap lagi hana boleh tambah lengkuas (kisar) dan jugak daun limau purut.