Wednesday, December 31, 2008

Lempeng Kelapa Muda


Lempeng Kelapa Muda.... juga dipanggil Tepek Nyor oleh orang Perak dan Coconut Pancake oleh orang Putih! Sedap untuk sarapan pagi, cicah dengan sambal ikan bilis ataupun ikan masin. Minum pulak dengan kopi-o. Mak mertua lalu kat belakang pun mesti tak nampak!! Tak caya cubalah...

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan kelapa parut - yang agak muda
Secubit garam
Air secukupnya

Cara-cara :
  1. Campurkan kesemua bahan dan kacau rata. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat macam nak buat jemput2.
  2. Panaskan kuali. Griskan sedikit minyak. Sendukkan adunan ke atas kuali dan ratakan, samada gunakan senduk tadi ataupun gunakan tangan.
  3. Tabur minyak dikeliling dan di atas adunan yang telah diratakan.
  4. Biarkan bahagian bawah agak kekuningan sebelum dibalikkan. Bila sebelah lagi dah kekuningan, boleh diangkat dan dihidangkan bersama sambal ikan bilis @ ikan masin dan kopi-o...

6 comments:

Tie said...

dulu kecik2 mak selalu buat. makan panas2 bubuh mentega dan tabur gula...huh! sedap!

Azita said...

cara mkn boleh dipelbagaikan caranya... apa2 pun, mmg sedap!

Rafizah Nordin said...

kak ita, xleh jadi macam tu la sebab kite tak de mak mertua,dah meninggal...tp klu pak mertua boleh jadi la...hahaha

Azita said...

rafizah, x de mak mertua, pak mertua pun boleh la...

hana said...

teringat zaman kecik2 dulu, arwah nenek selalu masak nih! sedapnyerr!

Azita said...

arwah nenek akak pun cukup berkenan dgn "pancake" ni...mmg sedap!