Tuesday, December 30, 2008

Kuih Lompang


Resepi asal dari Hanieliza @ fotopages. Simple and easy, yummy as well...!

Bahan-bahan (40 biji acuan lompang yg kecil):
Bahan A :
2 cawan tepung beras
1/2 sudu kecil kapur (bancuh dengan sedikit air dan tapis)
Kelapa muda diparut dan digaul dengan sedikit garam
Acuan lompang secukupnya

Bahan B (masak sehingga mendidih dan tapiskan) :
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
4 cawan air

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Bancuhkan tepung dengan air kapur yang ditapis.
  2. Tuangkan air gula yang suam dan kacau rata.
  3. Panaskan acuan lompang dalam kukusan.
  4. Tapiskan adunan ke dalam teko untuk memudahkan dituangkan ke dalam acuan lompang.
  5. Kukuskan kuih selama 20 minit.
  6. Sejukkan kuih sebelum dicungkilkan perlahan dan masukkan kelapa parut di bahagian yang berlubang di tengahnya.

2 comments:

ela said...

sedap nya lompang...gula merah tu gula melaka ke kak azita..ke brown sugar? ampunn budak baru blajar

Azita said...

ela, gula merah ngan gula melaka ngan brown sugar x sama. gula melaka dlm bentuk ketulan bulat mcm selinder, brown sugar lak cam gula pasir. tapi gula merah ni bentuknya mcm gula melaka yg dah dihancurkan, warnanya lbh kurang sama. tapi nak ganti ngan gula melaka pun boleh....