Wednesday, October 15, 2008

Kek Butter Marble

Resepi yang masih tetap dalam simpanan sejak dari anak dara sunti lagi. Turun dari emak tersayang jugak....

Bahan-bahan :
1 cawan butter
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
4 biji telur Gred A
2 sudu besar serbuk koko - dibancuh dengan 3 sudu besar air suam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara :
  1. Ayak tepung bersama dengan baking powder.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan esen vanilla sambil dipukul lagi.
  5. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau hingga sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahangian.
  7. 1 bahagian dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan diadun hingga sebati.
  8. 1 bahagian lagi diletakkan sedikit pewarna kuning dan diadun hingga sebati.
  9. Lenserkan loyang dengan sedikit marjerin dan tabur sedikit tepung. Ratakan tepung dan ketuk keluar lebihannya.
  10. Masukkan adunan berselang-seli antara warna koko dan warna kuning. Setelah habis, dengan menggunakan tangkai sudu, buat 2 @ 3 pusingan pada adunan tersebut.
  11. Hentakkan 2 @ 3 kali sebelum dibakar didalam oven bersuhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak.

Nota :

  1. Serbuk koko boleh diganti dengan cokelat @ pandan @ strawberry emulco @ apa2 perasa dan pewarna lain.
  2. Butter juga boleh diganti dengan marjerin.

1 comment:

kaseh suci said...

minta izin nk amek resepi ya..:)