Thursday, October 9, 2008

Biskut Jering


Biskut orang dulu-dulu. Resepi dapat dari emak tersayang...

Bahan-bahan :
1 ½ cawan marjerin
1 ½ cawan gula – dikisar halus
3 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 paket tepung jagung
1 camt esen vanilla
2 camb serbuk koko

Cara-cara :
  1. Putar marjerin dan gula hingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan telur satu-per-satu dan esen vanilla sambil dipukul hingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko dan diuli hingga sebati, satu bahagian dibiarkan warna asal.
  5. Ambil sedikit adunan koko. Bentukkan menjadi sebesar ibu jari dan sejengkal panjangnya. Buat bentuk yang sama untuk adunan warna asal.
  6. Letak adunan koko bersebelahan dengan adunan asal (macam orang terbaring gitu...). Picit2kan sikit supaya kedua2nya rapat. Boleh juga dipintalkan untuk mendapatkan kombinasi warna yang cantik.
  7. Masukkan ke dalam acuan, mampatkan dan tekan hingga adunan terkeluar di hujung setebal kira2 3~4mm dan potong menggunakan benang untuk mendapatkan tekstur permukaan yang agak halus.
  8. Letakkan di atas Loyang pembakar dan bakar selama 5 min atau hingga dasarnya nampak kekuning2an.

3 comments:

leeyana-mamadaniel said...

1st time nih dgr nama biskut jering...hehe..nk tergelak pon ada gak...memula tgk gambo td ingatkan muffin..rupa2nya sekut..muahaha...pssstt biskut nih ada rasa jering ker???ngeeeeeeeeeeee..:p

Azita said...

Nama jer biskut jering. Tak de rupa dan rasa jering pun. Tak tau plak knapa namanya cam gitu. Rasanya orang Perak jer yg tau biskut ni. Nak rasa?? Jemput le dtg rumah akak...

ramliza said...

Satu paket tpg jagung tu brp beratnya?