Pisang yang saya gunakan untuk buat gulai lemak ini ialah pisang emas. Pisang ni memang paling sedap dibuat gulai lemak sebab rasanya yang lemak dan manis2 gitu.

Bahan-bahan :
12 biji pisang emas muda
7 biji cili kering
2 ulas bawang merah
Sebatang serai - dititik
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 cawan santan pekat
Sedikit ikan bilis sebagai perencah
Cara-cara :
- Siat kulit pisang. Potong serong pisang tersebut. Sebiji pisang boleh dipotong kepada 4 bahagian.
- Kulit pisang jangan dibuang. Potong 2 kulit pisang yang disiat. Rendam pisang yang telah dipotong dan kulitnya di dalam air garam.
- Sementara itu, tumbuk cili kering bersama sedikit garam hingga lumat.
- Kemudian masukkan bawang merah dan tumbuk lagi hingga lumat. Setelah itu, masukkan pula ikan bilis dan ditumbuk sedikit sahaja - untuk pecah2kan saja.
- Masukkan sedikit serbuk kunyit. Dan titik serai dalam lesung yang sama.
- Masukkan pisang dan kulit yang direndam dalam air garam tadi ke dalam periuk bersama dengan bahan yang telah ditumbuk.
- Kemudian masukkan santan pekat bersama sedikit air hingga ke paras pisang.
- Renehkan di atas api sederhana sehingga pisang lembut. Tambah perasa (garam @ MSG) jika perlu. Siap untuk dihidangkan...


1 comment:
Thanks... favourite nie. Lepas zaman unicersiti pun dh tk mkn lg... susah nk dpt :)
Post a Comment