Tuesday, July 24, 2012

Agar-Agar Buih aka Puding Balqis



AGAR-AGAR BUIH

Sumber : Puding Balqis @ Nor SecubitGaram
Sumber : Dari Dapur Azita Zain

Bahan-bahan :
  • 1 paket agar2 serbuk (10gm)
  • 450ml air - saya tambah 50ml lagi jadi 500ml
  • 150 susu cair - saya guna susu rendah lemak
  • 5 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar mentega / marjerin
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Pewarna mengikut citarasa sendiri



Cara-cara :

  1. Masak serbuk agar2 bersa dengan air dan gula hingga mendidih.
  2. Masukkan susu dan mentega. Masak lagi hingga mendidih.
  3. Matikan api. Masukkan esen vanilla dan kacau rata. 
  4. Sejukkan adunan agar2 hingga suam2 panas (jangan sampai sejuk).
  5. Pukul telur hingga betul2 kembang. Buang tali pusat untuk mengelakkan daripada hanyir.
  6. Masukkan adunan agar2 tadi ke dalam adunan telur. Kacau hingga rata.
  7. Bahagikan kepada 2 @ 3 bahagian (ikut citarasa sendiri). Warnakan setiap bahagian megikut warna yang disukai dan kacau hingga warnanya sebati dan rata.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang secara berselang-seli hingga semua adunan habis.
  9. Sejukkan di dalam petiais sebelum dihidang. 




Monday, July 23, 2012

Ketam Masak Lemak Cili Kering



KETAM MASAK LEMAK CILI KERING

Sumber : Dari Dapur Azita Zain

Bahan-bahan :
  • 5 ekor ketam - bersihkan dan dipotong dua setiap ekor
  • 20 batang cili kering - dikisar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 1 ulas bawang besar - dikisar
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 helai daun kunyit - dicarik2kan
  • 3 helai daun cekur - dipotong kecil2
  • 2 cawan santan sederhana pekat - dari 2 biji kelapa
  • Garam, perisa dan gula secukupnya
  • 3 sudu besar minyak - untuk menumis


Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam periuk yang besar. Tumiskan bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan serai yang telah diketuk. Tumis lagi selama 5 minit.
  3. Masukkan santan bersama daun kunyit. Tambah air secukupnya. Biarkan mendidih dengan api sederhana besar sambil dikacau supaya tidak pecah minyak santan.
  4. Masukkan garam, perisa dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan ketam dan gaul rata2. Tutup periuk selama 5 minit.
  6. Kacau rata lagi. Tunggu hingga kuah mendidih dan bolehlah dimatikan api dapur.
  7. Siap untuk dihidangkan.


Thursday, April 12, 2012

Sup Ayam Dan Kentang



SUP AYAM DAN KENTANG
Sumber : Dari Dapur Azita Zain

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam - dipotong saiz sederhana
  • 3 ulas bawang merah - dihiris (*)
  • 3 ulas bawang putih - dihiris (*)
  • 1 inci halia - dimayang halus (*)
  • 1 batang kulit kayu manis (*)
  • 3 kuntum bunga lawang (*)
  • 4 kuntum bunga cengkih (*)
  • 2 kiub ayam
  • 2 biji kentang - dipotong kepada 6 bahagian setiap biji
  • 2 liter air
  • Garam dan perisa - jika perlu
  • Daun sup dan daun bawang - dihiris
  • Bawang goreng secukupnya



Cara-cara :
  1. Basuh ayam hingga bersih dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang bertanda (*) hingga kekuning2an.
  3. Masukkan ayam dan kentang dan kacau rata. Biarkan sehingga air ayam keluar.
  4. Masukkan kiub ayam dan kacau rata. Masukkan air, biarkan mendidih dan sehingga kentang lembut.
  5. Tambah garam dan perasa jika perlu - biasanya saya tak tambah dah.
  6. Taburkan hirisan daun bawang/sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Siap...!!!


Wednesday, April 11, 2012

Pulut Kuning



PULUT KUNING
Sumber : Dari Dapur Azita Zain
Sumber : Ibu Tersayang


Bahan-bahan :

  • 1kg pulut susu ataupun pulut biasa
  • 500ml santan pekat - diambil dari sebiji kelapa
  • 2 sudu teh garam
  • 10 helai daun pandan
  • Beberapa titis pewarna lemon yellow ataupun serbuk kunyit secukupnya




Cara-cara :

  1. Basuh pulut hingga bersih. Masukkan air sehingga melepasi paras pulut. Masukkan pewarna lemon yellow ataupun serbuk kunyit dan gaulkan rata2 supaya warnanya sekata. Rendam semalaman.
  2. Panaskan kukusan. Carik2kan daun pandan dan letakkan di dalam lapisan kukusan (rujuk gambar di bawah).
  3. Letakkan loyang kukusan tersebut di atas dulang supaya bila pulut dimasukkan, ianya tidak jatuh ke bawah.
  4. Gaulkan garam bersama santan. Rasa santan ini mesti masin sedikit supaya pulut kuning nanti terasa lemak2 masin. Ketepikan.
  5. Basuh semula pulut dan toskan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang telah dilapik dengan daun pandan tadi.
  6. Ratakan pulut dan buat lubang2 kecil di pulut tersebut (cucuk2 dengan jari je...) supaya wap air boleh merata ke dalam pulut.
  7. Kukus selama 40 minit atau sehingga masak - bergantung kepada saiz kukusan masing2.
  8. Kecilkan api dapur. Angkat loyang kukusan. Keluarkan pulut yang telah dikukus tadi, masukkan ke dalam bekas besar supaya senang untuk menggaul.
  9. Curahkan santan ke atas pulut, kacau dan gaul rata2 supaya santan rata ke seluruh pulut. JANGAN tunggu pulut tu sejuk sebab nanti santan tidak meresap ke dalam pulut.
  10. Masukkan semula pulut tadi ke dalam loyang kukusan yang dialas dengan daun pandan tadi. 
  11. Kukus semula selama 30 minit.
  12. Keluarkan pulut dan masukkan semula ke dalam bekas besar tadi. Gaul rata2. Kemudian tekan2kan supaya ianya mampat.
  13. Siap!!! Sedia untuk dimakan bersama dengan rendang daging ataupun rendang ayam. Selamat mencuba!




Loyang kukusan yang telah dialas dengan carikan daun pandan dan diletakkan di atas dulang. Lagi banyak daun pandan, lagi wangi pulut kuning...


Nota :
  1. Untuk memastikan kelancaran semasa menggaul santan dan pulut, gunakan senduk plastik supaya pulut tidak melekat pada senduk.
  2. Saya akan rendam pulut pada sebelah petang tanpa pewarna. Sebelah malam, saya akan basuh dan gantikan air rendaman dan barulah dicampur dengan pewarna. Keesokan paginya barulah dikukus.
  3. Selepas step no 12, tutup bekas pulut tersebut supaya bahagian atasnya tidak kering.

Tuesday, April 10, 2012

Nasi Goreng Tomyam




NASI GORENG TOMYAM
Sumber : Dari Dapur Azita Zain

Bahan-bahan :

  • 2 mangkuk nasi sejuk
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar bawang kisar
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • Sejemput ikan bilis
  • Garam dan perisa secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menumis
  • Kacang panjang, lobak merah, jagung - jika suka (saya tak letak pun)
  • Sepotong daging ayam - dipotong dadu - jika suka (saya tak letak pun) 





Cara-cara :

  1. Gaulkan nasi bersama garam dan perisa.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, cili kisar dan pes tomyam hingga naik bau. 
  3. Masukkan ayam dan ikan bilis dan kacau rata. Masak hingga daging ayam tu elok masak.
  4. Masukkan nasi yang telah digaul tadi. Kacau rata.
  5. Masukkan sayur2 pilihan. Kacau rata2 hingga sayur layu sedikit.
  6. Matikan api dan siap untuk dihidangkan. 

Friday, February 24, 2012

Kek Batik Arora




KEK BATIK ARORA

Sumber : Yatie
Sumber : Kak Ina KL
Sumber : Azita Zain


Bahan-bahan :

  • 250gm mentega
  • 100gm gula kastor
  • 1 sudu kecil cream of tartar - saya tambah sendiri
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 6 biji telur
  • 250gm tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 5 jenis pewarna / perisa



Cara-cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 170C.
  2. Lenser loyang dengan marjerin dan taburkan dengan tepung. Ketepikan.
  3. Ayakkan tepung bersama dengan baking powder dan cream of tartar. Ketepikan.
  4. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu persatu (pastikan telur tu dah sebati barulah dimasukkan sebiji lagi hinggalah habis) dan pukul hingga rata.
  6. Tutp mixer. Masukkan campuran tepung dan gaulkan adunan secara kaedah kaup dan balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian yang sama banyak. Masukkan pewarna / perisa ke dalam setiap bahagian dan gaul rata.
  8. Sudukan adunan satu persatu ke dalam loyang sehingga semua adunan habis.
  9. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan api bawah selama 45 - 60 minit atau sehingga kek masak dengan sempurna.



Adunan telah disudukan ke dalam loyang secara berselang warna.

Puding Roti Sos Kastad



PUDING ROTI SOS KASTAD

Sumber :  MyResepi
Sumber : Azita Zain

Bahan-bahan Puding Roti :
  • 6 keping roti slice
  • 2 sudu besar marjerin / mentega - dicairkan
  • 4 biji telur Gred B
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 475ml susu segar
  • Segenggam kismis 

Cara-cara :
  1. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam loyang pembakar.
  2. Curahkan marjerin / mentega cair ke atas roti tersebut.
  3. Taburkan pula kismis di atasnya.
  4. Dalam mangkuk lain, pukul telur sedikit. Masukkan gula, esen dan susu segar. Kacau rata.
  5. Tapiskan adunan ke dalam loyang yang mengandungi roti tadi. Tekan roti supaya tenggelam ke dalam adunan susu / telur tadi.
  6. Panaskan ketuhar pada 170C selama 10 minit. Masukkan loyang dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
  7. Keluarkan dan sejukkan sebelum disejukkan di dalam petiais.



Bahan-bahan Sos Kastad :
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 1 tin / 400ml susu cair
  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu besar gula

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau supaya semuanya sebati.
  2. Masak di atas api perlahan sehingga adunan menjadi pekat.
  3. Angkat dan sejukkan.


Cara menghidang :
  1. Potong puding roti dan letakkan ke dalam piring hidangan.
  2. Curahkan sos kastad secukupnya.
  3. Hiaslah mengikut citarasa sendiri.